Program Kursus Pengurusan Jenazah | PUSAT ASASI SAINS UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
» Program Kursus Pengurusan Jenazah

Program Kursus Pengurusan Jenazah



Kursus Pengurusan Jenazah ASPer 12Kursus Pengurusan Jenazah telah dianjurkan oleh Jawatankuasa Tertinggi Pelajar Asasi Sains Pertanian (HICOM 2016/17) pada 16 Oktober 2016 lalu. Program ini di laksanakan dengan tujuan untuk memberi pendedahan kepada pelajar yang berminat tentang aspek-aspek penting dalam pengurusan jenazah.

Seramai 78 orang telah menyertai kursus setengah hari ini dan semua pelaksanaan kursus dipantau oleh En. Termizi bin Abdul Jamal. Program kursus berjalan lancar muali jam 8.00 pagi dengan pendedahan awal tentang pengurusan jenazah dan diteruskan dengan taklimat oleh penceramah yang dijemput khas dari Pusat Islam UPM iaitu Ustaz MOhd Asri dan Ustazah Siti Rohani.

Selain taklimat pelajar juga berpeluang menjalankan latihak praktikal menguruskan jenazah. Untuk tujuan tersebut dua orang pelajar telah menawar diri untuk menjadi jenazah iaitu seorang lelaki dan seorang perempuan.

Selesai latihan praktikal pelajar berpeluang merakam pengalaman mereka dan menyampaikan cenderahati kepada penceramah jemputan. Objektif pelaksanaan program tercapai dan pelajar mendapat ilmu serta pengalaman baru yang boleh di gunakan di masa akan datang.

Kemaskini:: 03/11/2016 [hasniah]

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT ASASI SAINS UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397696998
tiada
S, (10:41:16am-10:46:16am, 16 Apr 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]