SOALAN LAZIM | PUSAT ASASI SAINS UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
» SOALAN LAZIM

SOALAN LAZIM

KEMASUKAN PELAJAR
1
Kenapa memilih Program Asasi Sains Pertanian?

Program Asasi Sains Pertanian adalah satu program pra-ijazah yang sangat unik kerana ia adalah satu-satunya Program Asasi Sains  yang terdapat di Malaysia. Melalui program ini, pelajar akan didedahkan dengan ilmu asas sains dan pertanian sebagai persediaan kepada pelajar terbabit sebelum meneruskan pengajian ke peringkat ijazah dalam bidang pertanian, agro-bio dan sains serta pelbagai bidang pengajian di UPM. Graduan Program Asasi Sains Pertanian ini juga adalah DIJAMIN untuk meneruskan pengajian ke peringkat ijazah di Universiti Putra Malaysia (UPM) Serdang sekiranya berjaya lulus dengan baik.

2
Apakah perbezaan antara Program Asasi Sains Pertanian berbanding program matrikulasi?  

Program Asasi Sains Pertanian dilaksanakan dalam dua (2) semester pengajian setahun berbanding program matrikulasi yang hanya DUA (2) semester dan terdapat juga yang empat (4) semester. Selain itu, sistem pengajaran dan pembelajaran asasi lebih menghampiri kepada sistem pengajaran dan pembelajaran pelajar diploma dan ijazah di UPM. Pelajar Program Asasi Sains Pertanian juga akan didedahkan dengan persekitaran dan suasana pembelajaran universiti bagi membiasakan mereka dengan sistem yang terdapat di uiversiti apabila meneruskan pengajian ke peringkat ijazah kelak.

3
Apakah bentuk pembiayaan yang disediakan kepada pelajar Program Asasi Sains Pertanian?

Pelajar-pelajar yang berjaya memasuki program ini dan tergolong dalam kategori B40/M40 yang layak akan  dibiayai sepenuhnya oleh Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. Antara bentuk pembiayaan yang diberikan adalah seperti berikut:

  • Yuran Pengajian
  • Yuran Asrama
  • Elaun Wang Saku
  • Tiket penerbangan 1 kali pergi balik (bagi pelajar dari Sabah dan Sarawak)

  • Walau bagaimanapun, pelajar Program Asasi Sains Pertanian adalah TIDAK DIBENARKAN untuk tinggal di rumah masing-masing (bagi yang tinggal berdekatan dengan kampus UPM Serdang) sepanjang tempoh pengajian di sini.

    4
    Bagaimanakah cara memohon dan bilakah permohonan dibuka?

    Pelajar lepasan SPM tahun semasa boleh membuat permohonan selepas iklan pembukaan sistem permohonan kemasukan ke IPTA dibuka. Pelajar perlu membeli pin no. untuk tujuan mengakses sistem upu online dan meneruskan proses permohonan.
    Permohonan kemasukan ke Program Asasi Sains Pertanian hendaklah dibuat secara atas-talian (online) di laman sesawang Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia

    Untuk keterangan lanjut :

    Telefon:603 8883 5801/5802
    Faksimili:603 8889 4260
    Emel:upu@mohe.gov.my
    Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia akan mengumumkan maklumat mengenai prosedur permohonan di akhbar tempatan pada awal bulan Februari. * Nombor tel yang tertera adalah tertakluk kepada perubahan.

    5
    Dimanakah pelajar ASPer menjalankan pembelajaran?

    Pelajar ASPer UPM menjalankan sesi pembelajaran di Bangunan Asasi 1, Pusat Asasi Sains Universiti Putra Malaysia , UPM iaitu di bangunan Blok D ( Fakulti Kejuruteraan Lama) dan juga di Kompleks Akademik E bersebelahan dengan bangunan Asasi 1.

    6
    Apakah kemudahan yang disediakan kepada pelajar Program Asasi Sains Pertanian?  

    Untuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran, Pusat Asasi Sains Pertanian mempunyai 3 buah bilik kuliah yang boleh menampung seramai 50 orang, 9 makmal untuk amali Biologi, Kimia dan Fizik (3 makmal untuk setiap subjek), 1 Bilik Bacaan, 1 Bilik Komputer yang berkapasiti 20 orang, 1 bilik tutorial, serta surau untuk kegunaan warga ASPer UPM.

    Segala kemudahan yang disediakan mampu memberi keselesaan untuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran.

     

    Kemaskini:: 03/11/2025 [hasniah]

    PUSAT ASASI SAINS UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
    Universiti Putra Malaysia
    43400 UPM Serdang
    Selangor Darul Ehsan
    0397696998
    tiada
    X, (03:37:33pm-03:42:33pm, 22 Jun 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]