History Of Establishment | Centre of Foundation Studies for Agricultural Science
» ABOUT US » History of Establishment

History of Establishment

Pusat Asasi Sains Pertanian telah ditubuhkan pada 1 Jun 2005 dan memulakan operasi sebagai sebuah pusat pengajaran dan pembelajaran Program Asasi Sains Pertanian.

Sebagai sebuah entiti akademik Pusat Asasi Sains Pertanian telah membuat perancangan dan pengambilan pelajar pada sesi 2005/2015 hanya seramai 30 orang sahaja.

Namun unjuran dan jumlah pengambilan semakin meningkat sehinggalah mencecah 1000 orang setahun. Sehingga kini jumlah pelajar yang telah berjaya menamatkan pengajian adalah seramai 5,419 orang.

Pusat Asasi Sains Pertanian juga telah melaksanakan beberapa kali semakan program bagi memenuhi keperluan semasa. Terdahulu program dilaksanakan dalam tempoh 3 semester setahun setengah. Pada masa ini semua pelajar yang mendaftar untuk program asasi akan menerima Bantuan Kewangan Asasi IPTA secara automatik.

Terkini pengajian mengambil masa setahun dalam tempoh 2 semester. Walaubagaimanapun bermula tahun 2017 Kementerian Pengajian Tinggi dalam penstrukturan baru bantuan kewangan telah menetapkan hanya pelajar yang layak sahaja akan menerima Bantuan Kewangan Asasi IPT.

Banyak perubahan telah berlaku sepanjang tempoh 13 tahun ASPer beroperasi. Namun kami akan sentiasa berusaha memberikan yang terbaik untuk semua pelajar.

Updated:: 01/02/2018 [hasniah]

MEDIA SHARING

C1527094482