PROGRAM MENGGILAP PERMATA SIRI 1/2022 BAGI PELAJAR PROGRAM ASASI SAINS PERTANIAN | CENTRE FOR FOUNDATION STUDIES IN SCIENCE OF UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
» ASPUTRA ACTIVITIES » Student » PROGRAM MENGGILAP PERMATA SIRI 1/2022 BAGI PELAJAR PROGRAM ASASI SAINS PERTANIAN

PROGRAM MENGGILAP PERMATA SIRI 1/2022 BAGI PELAJAR PROGRAM ASASI SAINS PERTANIAN

Program Menggilap Permata telah diadakan pada 19 Februari 2022 (Sabtu) secara dalam talian pada jam 8.30 pagi -12.30 tengahari. Seramai 48 orang pelajar, 12 orang fasilitator dan 6 orang urusetia daripada ASPer telah menyertai program ini. Matlamat program ini adalah untuk memberikan bimbingan kepada para pelajar supaya dapat meningkatkan prestasi akademik mereka pada semester kedua pengajian di ASPer.

Pengarah ASPer iaitu Prof. Madya Dr. Marina Mohd. Tah @ Mohd. Top telah merasmikan program Menggilap Permata tersebut. Penggerak program Menggilap Permata Siri 1/2022 pula adalah seperti berikut:

Ketua Fasilitator:

Prof. Madya Dr. Siti Nurul Ain Binti Md. Jamil 

Fasilitator:

  1. Adila Mohamad Jaafar
  2. Emma Ziezie Mohd. Tarmizi
  3. Siti Suzilliana Putri Mohamed Isa
  4. Siti Efliza Ashari
  5. Mohd. Hasan Abdul Sathar
  6. Muhamad Ismail Othman
  7. Ahmad Nazri Mohamad Som
  8. Munirah Kamal
  9. Nor Azah Abd. Aziz
  10. Rafina Syhadilla Md. Rafi
  11. Cik Erra Noorfazira Bandong

Pembantu fasilitator:

  1. Sharudin Omar Baki
  2. Dr. Yaakob Mansor
  3. Nur Akmal Ishak
  4. Shah Christirani Azhar
  5. Intan Diana Mat Azmi
  6. Muhammad Amiruddin Ibrahim
  7. Mohamad Najib Bin Ab Aziz
  8. Muhd. Termidzi Abd. Jamal
  9. Nurul Amira Binti Aslan
  10. Nor Syazana Binti Shamsuddin
  11. Cik Hazirah Abidin
  12. Cik Hani Nadhirah Basir
  13. Cik Nor Wahidah Zainol Jamil
  14. Cik Nur Syafiqah Idris

 

12 orang fasilitator (termasuk Ketua Fasilitator) program Menggilap Permata Siri 1/2022 telah diberikan bimbingan terlebih dahulu oleh pegawai dari Seksyen Kaunseling Pelajar, Bahagian Kaunseling UPM melalui program Training of Trainers (TOT) yang telah dilaksanakan pada 15 Februari 2022 (Selasa) secara dalam talian. Dua orang pegawai daripada Bahagian Kaunseling UPM yang menyampaikan latihan dan modul dalam program TOT ialah En. Muhammad Za’im Rosli dan En. Haniff Abdullah Hashim. Latihan TOT ini amat penting bagi memastikan bimbingan daripada para fasilitator kepada para pelajar dapat disampaikan secara efektif dan berkesan.

 

Gambar 1. Program Training of Trainers yang telah dilaksanakan bagi memberikan bimbingan kepada para fasilitator Program Menggilap Permata Siri 1/2022

 

Pengisian program Menggilap Permata Siri 1/2022 terdiri daripada sesi ice breaking sebagai sesi suai kenal antara para fasilitator bersama para pelajar di dalam breakout room. Seterusnya ialah sesi penyampaian Modul Smart Score bagi membimbing para pelajar untuk mengira sasaran PNGK. Sesi bimbingan diteruskan pula dengan Modul Smart Schedule (Gantt Chart) yang memberikan panduan khusus kepada pelajar tentang perancangan dalam menyiapkan tugasan, waktu menjalankan ulangkaji dan hal-hal berkaitan dengan sesi PdP di ASPer. Modul terakhir ialah Smart Schedule (Jadual Waktu Harian) yang memberikan pendedahan tentang cara mengatur masa dan menguruskan jadual harian yang padat sebagai pelajar ASPer. Secara keseluruhannya, bimbingan yang diberikan adalah dalam bentuk panduan yang objektif beserta bahan yang jelas kepada para pelajar.

Program Menggilap Permata Siri 1/2022 telah menerima maklumbalas yang positif daripada para peserta yang terdiri daripada para pelajar ASPer seperti berikut:

Berikut merupakan gambar-gambar sewaktu program berlangsung:

Gambar 2. Perasmian Program Menggilap Permata Siri 1/2022 oleh YBhg. Prof. Madya Dr. Marina Mohd. Top @ Mohd. Tah, Pengarah Pusat Asasi Sains Pertanian

 

Gambar 3. Ucapan penutup oleh Prof. Madya Dr. Siti Nurul Ain Md. Jamil, Timbalan Pengarah I, Pusat Asasi Sains Pertanian

 

Gambar 4. Para peserta Program Menggilap Permata Siri 1/2022

 

Gambar 5. Para peserta Program Menggilap Permata Siri 1/2022

 

Gambar 6. Para peserta Program Menggilap Permata Siri 1/2022 (Breakout Room)

 

Gambar 7. Para peserta Program Menggilap Permata Siri 1/2022 (Breakout Room)

 

Gambar 8. Para peserta Program Menggilap Permata Siri 1/2022 (Breakout Room)

 

Gambar 9. Para peserta Program Menggilap Permata Siri 1/2022 (Breakout Room

 

Gambar 10. Antara aktiviti semasa Program Menggilap Permata Siri 1/2022 (Breakout Room)

Kesimpulan

Program Menggilap Permata Siri 1/200 secara dalam talian telah berlangsung dengan lancar berdasarkan perancangan yang telah ditetapkan. Para fasilitator didapati telah memberikan komitmen yang tinggi bagi menjayakan program ini dan memberikan panduan yang sebaiknya kepada para pelajar. Para pelajar pula memberikan maklumbalas yang amat positif setelah program ini tamat. Semoga para pelajar ASPer dapat meningatkan kecemerlangan dalam bidang akademik dan sahsiah serta dapat meyumbang kepada agama dan negara suatu hari nanti.

 Video majlis Penutup Program Menggilap Permata Siri 1 /2022 

 

Disediakan oleh:

Prof. Madya Dr. Siti Nurul Ain Md. Jamil

Timbalan Pengarah I (Akademik dan Penyelidikan)

ASPer

 

 

 

 

 

 

 

Updated:: 30/03/2022 [hasniah]

MEDIA SHARING

CENTRE FOR FOUNDATION STUDIES IN SCIENCE OF UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397696998
tiada
SXFRXAs~