Bidang Pertanian Telah Berjaya Dinobatkan Sebagai Naib Johan Bagi Pertandingan Amalan Inovasi Pengajaran Dan Pembelajaran Terbaik Fakulti/Pusat | PUSAT ASASI SAINS UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
» BERITA » Bidang Pertanian telah berjaya dinobatkan sebagai Naib Johan bagi Pertandingan Amalan Inovasi Pengajaran dan Pembelajaran Terbaik Fakulti/Pusat

Bidang Pertanian telah berjaya dinobatkan sebagai Naib Johan bagi Pertandingan Amalan Inovasi Pengajaran dan Pembelajaran Terbaik Fakulti/Pusat

23 Oktober, 2019, Rabu – Tanggal 14 hingga 17 Oktober 2019, Bidang Pertanian, Pusat Asasi Sains Pertanian telah menyertai dua pertandingan yang dianjurkan oleh Pusat Pembangunan Akademik (CADe), Universiti Putra Malaysia iaitu Pertandingan Amalan Inovasi Pengajaran Dan Pembelajaran Terbaik Fakulti/Pusat dan PutraInnocreative Poster Competition (PiCTL19) bersempena Minggu Pendidik UPM bertempat di Panggung Percubaan, Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah UPM. Bidang Pertanian telah berjaya dinobatkan sebagai Naib Johan bagi Pertandingan Amalan Inovasi Pengajaran dan Pembelajaran Terbaik Fakulti/Pusat dengan projek yang bertajuk “Syoknya Agro!”Camp: An Enjoyable Experience In Learning Agriculture manakala bagi PutraInnocreative Poster Competition pula dua pingat perak telah berjaya diraih daripada dua poster yang dipertandingkan iaitu poster “Syoknya Agro!”Camp: An Enjoyable Experience In Learning Agriculture” dan poster “Industrial Involvement In Agriculture Education”. Pertandingan ini telah disertai dalam kalangan para pegawai akademik daripada setiap fakulti dan pusat UPM. Antara objektif pertandingan adalah meningkatkan pengetahuan dan kemahiran pegawai akademik UPM berkaitan teknik atau pendekatan inovasi dalam pengajaran dan pembelajaran, mengiktiraf kecemerlangan pengajaran pada peringkat individu/institusi sepertimana yang disarankan oleh Kementerian Pengajian Tinggi, menyebarluas dan berkongsi amalan terbaik inovasi P&P yang dilaksanakan oleh setiap fakulti untuk dimanfaatkan pegawai akademik UPM yang lain. Semoga dengan kemenangan yang tercipta menjadi pembakar semangat kepada semua tenaga akademik Pusat Asasi Sains Pertanian untuk terus berinovasi dalam pengajaran dan pembelajaran demi melahirkan para pelajar yang berkualiti pada masa akan datang. Jutaan terima kasih juga diucapkan kepada semua warga Pusat Asasi Sains Pertanian yang telah bertungkus-lumus menjayakan program Kem Syoknya Agro! bermula pada tahun 2015 sehingga kini.

 

Tarikh Input: 29/10/2019 | Kemaskini: 26/11/2019 | hasniah

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT ASASI SAINS UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397696998
tiada
SXEaXA1~