MAJLIS PELANCARAN MINGGU PUTRA PERKASA PELAJAR BAHARU PROGRAM ASASI SAINS PERTANIAN SESI 2021/2022 | PUSAT ASASI SAINS UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
» BERITA » MAJLIS PELANCARAN MINGGU PUTRA PERKASA PELAJAR BAHARU PROGRAM ASASI SAINS PERTANIAN SESI 2021/2022

MAJLIS PELANCARAN MINGGU PUTRA PERKASA PELAJAR BAHARU PROGRAM ASASI SAINS PERTANIAN SESI 2021/2022

Titik pertemuan kali pertama di antara pelajar baharu program Asasi Sains Pertanian sesi 2021/2022 dengan warga Pusat Asasi Sains Pertanian telah diadakan secara dalam talian menerusi aplikasi Webex Meeting dan FB Live. Umum faham keadaan pandemik yang melanda negara menyebabkan Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) secara norma baharu secara dalam talian diteruskan pelaksanaannya. Begitu juga dengan proses pendaftaran pelajar baharu serta minggu orientasi yang tidak dapat dilaksanakan secara fizikal pada sesi kali ini dan dilaksanakan sepenuhnya secara dalam talian.

Majlis Pelancaran Minggu Putra Perkasa ini merupakan simbolik secara rasminya pelajar baharu telah menjadi warga Universiti Putra Malaysia secara amnya dan pelajar Pusat Asasi Sains Pertanian bagi sesi 2021/2022 secara khususnya. Pelancaran ini turut diselitkan dengan tayangan video mengalu-alukan kedatangan semua pelajar baharu selain titipan ucapan aluan dari Yang Berbahagia Naib Canselor Universiti Putra Malaysia, Prof. Dr. Mohd. Roslan bin Sulaiman dan dari Pengarah Pusat Asasi Sains Pertanian, Prof. Madya Dr. Marina binti Mohd. Top @ Mohd. Tah. Pelajar juga diberikan penerangan mengenai pelaksanaan Minggu Putra Perkasa yang telah disampaikan oleh Timbalan Pengarah II (Hal-Ehwal Pelajar dan JINM) Pusat Asasi Sains Pertanian, Prof. Madya Dr. Norfifah binti Bachok @ Lati.

Susulan dari majlis ini, pelajar akan menjalani Minggu Putra Perkasa secara dalam talian bermula dari 31 Julai 2021 sehinggalah 7 Ogos 2021. Slot yang akan disertai oleh pelajar ialah Taklimat Putra VID & Putra Learning Hub, Taklimat Pendaftaran Kursus,  Taklimat Pengajaran dan Pembelajaran, Pengenalan kepada Struktur Organisasi Pusat Asasi Sains Pertanian,  Taklimat Hal-Ehwal Pelajar, ASPer Head Start, Taklimat Bantuan Kewangan Asasi Universiti Awam, Taklimat Kesihatan, Taklimat BHEP dan Kolej Kediaman dan Taklimat Keselamatan. Capaian pelajar kepada pautan video berkenaan diedarkan melalui aplikasi Group Telegram Rasmi pelajar ASPer 17 yang diselia oleh staf Pusat Asasi Sains Pertanian.

Jadual program Minggu Putra Perkasa secara dalam talian program Asasi Sains Pertanian sesi 2021/2022

 

Antara paparan penglibatan pelajar baharu ASPer 17 dan staf Pusat Asasi Sains Pertanian sewaktu Majlis Pelancaran Minggu Putra Perkasa

 

 

Oleh:

Che Zailawati binti Abdul Ghani

Pusat Asasi Sains Pertanian

 

Tarikh Input: 15/08/2021 | Kemaskini: 26/04/2022 | hasniah

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT ASASI SAINS UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397696998
tiada
SXEdEAh~