Malaysia terkenal sebagai sebuah negara yang kaya dengan ribuan spesies tumbuhan tropika. Walau bagaimanapun, banyak buah-buahan tempatan yang suatu ketika dahulu mudah didapati di kampung dan hutan kini semakin pupus. Buah-buahan ini dikenali sebagai buah nadir. Buah nadir Adalah bua-buahan yang sukar diperoleh pada masa kini kerana faktor geografi, perubahan gaya hidup, dan kekurangan penanaman secara komersial.
Antara contoh buah-buahan nadir adalah seperti buah mentega (Diospyros blancoi), buah tampoi (Baccaurea spp.), buah kundang (Bouea macrophylla), dan buah binjai (Mangifera caesia). Buah ini menyimpan khazanah genetik dan nilai pemakanan yang tinggi, namun semakin terpinggir dalam pembangunan pertanian arus perdana.
Menurut Jabatan Pertanian Malaysia, buah nadir ditakrifkan sebagai buah tempatan yang jarang ditanam secara komersial, kurang dikenali oleh masyarakat umum, serta hanya terdapat di kawasan tertentu. Kebanyakan buah nadir bersifat bermusim dan tidak tahan lama selepas dituai, menjadikannya kurang sesuai untuk pasaran moden tanpa pemprosesan lanjut.
Banyak buah nadir mengandungi kandungan antioksidan, serat, dan fitokimia yang tinggi. Contohnya, buah binjai kaya dengan vitamin C dan fenolik, manakala buah tampoi menunjukkan potensi sebagai sumber anti-kanser dalam kajian awal. Buah nadir mempunyai nilai komersial yang tinggi jika diproses sebagai jus, jem, produk kosmetik, atau herba.
Aktiviti pembalakan dan perladangan berskala besar menyebabkan kehilangan habitat semula jadi bagi banyak spesies buah nadir yang hanya tumbuh liar di hutan hujan tropika. Ketiadaan insentif kepada petani serta permintaan pasaran yang rendah menjadikan penanaman buah nadir tidak menarik dari segi ekonomi.
Kesimpulannya, buah nadir bukan sekadar warisan budaya dan identiti botani Malaysia, tetapi juga sumber alam yang berpotensi besar dari segi kesihatan, ekonomi, dan kelestarian biodiversiti. Usaha menyelamatkan buah nadir memerlukan sokongan pelbagai pihak seperti penyelidik, penggubal dasar, petani, sehinggalah masyarakat umum. Sekiranya tiada tindakan yang konkrit diambil, negara berisiko kehilangan khazanah alam ini buat selama-lamanya.
![]() |
|
![]() |
Gambar rajah 2: buah mentega (Diospyros blancoi) |
![]() |
Gambar rajah 3: buah tampoi (Baccaurea spp.) |
Rujukan:
Disediakan oleh:
|
Puan Rafina Syhadilla Md Rafi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan
e-mail : rafina@upm.edu.my |
Tarikh Input: 04/11/2025 | Kemaskini: 04/11/2025 | hasniah

Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor