PALUDARIUM PARADISE | PUSAT ASASI SAINS UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
» ARTIKEL » PALUDARIUM PARADISE

PALUDARIUM PARADISE

Paludarium adalah terdiri daripada gabungan perkataan “Palus” yang bermaksud rawa atau paya dan “Arium” yang bermaksud wadah/tempat/kandang tertutup. Paludarium merupakan gabungan habitat air, darat, dan udara di dalam sebuah bekas kaca tertutup dan lut sinar. Bahagian air di dalam paludarium haruslah setengah atau kurang daripada bekas kaca tersebut kerana untuk memberikan ruang bagi habitat darat dan udara. Adalah penting memastikan bekalan udara yang mencukupi, kelembapan udara yang sesuai dan perubahan air perlulah berlaku dari semasa ke semasa. Air perlulah ditapis dan berkitar secara berterusan serta bersepadu dengan habitat paludarium. Umumnya paludarium dibuat adalah untuk estetika, seperti untuk hiasan di dalam rumah dan pejabat.

    

Sebuah paludarium biasanya akan dilengkapi dengan biota air dan darat iaitu tumbuhan dan haiwan yang sesuai hidup di dalam satu ekosistem tertutup yang lengkap untuk kelangsungan hidupnya. Biasanya tumbuhan yang digunapakai pula terdiri daripada pelbagai gabungan tumbuhan jenis air dan darat, manakala jenis haiwan adalah dalam kumpulan amfibia, reptilia serta ikan. Bahagian daratan sebuah paludarium biasanya terdiri daripada lapisan batuan dan tanah yang menyamai struktur lapisan tanah secara semulajadinya.

Walau bagaimanapun, dalam menghasilkan sebuah paludarium, bergantung kepada tema yang ingin dipamerkan misalnya mini ekosistem sebuah hutan hujan tropika, pinggiran sungai, paya, bahkan juga pantai.Untuk maklumat lanjut para pengunjung dan juri pihak kami telah menyediakan Poster Khas bagi menerangkan tentang konsep dan tema Paludarium Paradise. 

Pusat Asasi Sains Pertanian telah mengambil bahagian dalam Pertandingan Pertanian Perbandaran Antara PTJ UPM dengan konsep pertandingan adalah Paludarium. Pertandingan ini berlangsung pada 15 hingga 20 November 2019 bersempena Ekspo Pertanian & Pesta Konvokesyen UPM Ke-43 iaitu bertempat di Khemah Utama, Bukit Ekspo UPM.

Kriteria yang dinilai adalah mengikut konsep paludarium yang ditetapkan yang lengkap dengan variasi pelbagai jenis tumbuhan hiasan dan haiwan yang bersesuaian dalam satu ruangan tertutup mengikut kreativiti persembahan tersendiri.

Pasukan Paludarium Pusat Asasi Sains Pertanian yang diketuai oleh Dr. Marina Mohd. Top @ Mohd. Tah telah mempamerkan sebuah paludarium dengan tema Paludarium Paradise yang menggambarkan suatu ekosistem habitat yang lengkap, mendamaikan serta dipenuhi dengan warna-warni kehidupan flora dan fauna (maklumat lengkap seperti di dalam poster Paludarium Paradise).

Pusat Asasi Sains Pertanian telah merangkul kejayaan Naib Johan dengan membawa pulang wang tunai RM 500.00, sijil, plak dan hamper.

 

Tarikh Input: 25/11/2019 | Kemaskini: 29/11/2019 | hasniah

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT ASASI SAINS UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397696998
tiada
SXDcRAX~