LAPORAN PROGRAM WEBINAR
WEBINAR SERIES 4
SUSTAINING ACADEMIC RESILIENCE :
WORDS OF WISDOM FOR AN ASPIRING ACADEMICIAN
TAJUK : Sustaining Academic Resilience: Words of wisdom for an Aspiring Academician
PENCERAMAH : Prof. Madya Dr. Che Azurahanim Che Abdullah
MODERATOR : Dr. Siti Suzilliana Putri Mohamed Isa
PENGANJUR : The Research and Publication Committee of ASPer, UPM
TARIKH : 10 November 2021 (Wednesday)
MASA : 3:00 - 4:00 PM (Zoom room will be opened at 2.50 pm)
Program webinar bertajuk “Sustaining Academic Resilience: Words of wisdom for an Aspiring Academician” telah diadakan pada 10 November 2021 (Rabu), yang bermula pada pukul 3:00 petang sehingga 4:15 petang. Masa selama 10 minit diberi kepada semua peserta untuk masuk ke dalam link zoom, sebelum penceramah memulakan sesi perkongsian. Penceramah yang terlibat dalam sesi webinar ini ialah YBhg. Prof. Madya Dr. Che Azurahanim Che Abdullah, dari Jabatan Fizik, Fakulti Sains, UPM. Beliau juga merupakan Ketua Laboratori, Laboratori Sintesis dan Pencirian Bahan Nano (NSCL), Institut Nanosains dan Nanoteknologi, UPM. Program ini telah menerima penyertaan daripada 26 staf akademik Pusat Asasi Sains Pertanian, 4 dari Fakulti Sains, 2 dari Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat, 2 dari Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, 2 dari Institut Biosains, 2 dari Hospital Pengajar UPM, dan 1 dari Fakulti Veterinar. Selain itu, program ini juga menerima 1 penyertaan luar dari Universiti Malaysia Sarawak.
Ceramah oleh YBhg. Prof. Madya Dr. Che Azurahanim Che Abdullah merangkumi ciri-ciri ahli akademik yang berkeupayaan dan berketahanan tinggi, untuk mengharungi cabaran dunia akademik. Cabaran yang sering diharungi oleh ahli akademik adalah keperluan mereka memenuhi Indeks Prestasi Utama (KPI) yang ditetapkan. KPI bermaksud pengukuran terhadap individu dalam menyempurna dan melaksana tugasan, matlamat serta objektif yang diberikan kepadanya. KPI ahli akademik merangkumi bidang pengajaran dan pembelajaran, bidang penyelidikan dan penerbitan, pemantauan dan penyeliaan pelajar, program jaringan dan lain-lain. Cabaran yang tidak kurang hebatnya juga melibatkan keluarga dan permasalahan peribadi ahli akademik itu sendiri. Perkongsian tips ketahanan diri secara umum dan secara khusus (mengikut jenis cabaran) ada dikongsikan oleh penceramah. Menjelang waktu sebelum ceramah berakhir, penceramah ada berkongsi cara membina kolaborasi penyelidikan dengan pihak penyelidik luar negara, kerana penyelidik yang berketahanan tinggi dari segi emosi akan mampu meningkatkan prestasi kerja dari aspek kolaborasi. Bagi pendapat peribadi penceramah, ahli akademik itu sendiri seharusnya menstabilkan dalaman mereka dengan cara menjadikan diri berfikiran positif, bertindak secara positif dan seterusnya menarik aura positif.
Walaupun ceramah cuma mengambil masa sehingga 4:15 petang, namun program ini memberi impak yang sangat besar kepada para peserta. Hal ini kerana, YBhg. Prof. Madya Dr. Che Azurahanim Che Abdullah begitu bersemangat menjawab persoalan peserta dengan panjang lebar walaupun 3 soalan yang diutarakan ringkas dan padat. Penjelasan penceramah begitu mendalam kerana beliau berkongsi pengalaman sendiri dalam menghadapi pelbagai permasalahan sebagai ahli akademik. Antara contoh mengatasi permasalahan adalah: melatih diri menyiapkan tugasan dalam masa yang ringkas sekiranya ahli akademik menerima tugasan yang lebih kurang sama. Moderator turut bersetuju dengan kaedah yang diutarakan oleh penceramah, kerana moderator kini berpengalaman menilai artikel jurnal selama paling kurang dalam masa sejam berbanding pada peringkat awal menjadi Penilai Jurnal (masa hampir seminggu untuk menilai satu artikel jurnal). Kesudian YBhg. Penceramah berkongsi pengalaman menjadikan program ini begitu menarik dan tidak hambar.
Secara kesimpulannya, program ini mencapai objektif asal, iaitu:
Disediakan oleh:
Pengerusi
WEBINAR SERIES 4
Tarikh Input: 22/11/2021 | Kemaskini: 03/10/2022 | hasniah
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor
Hotline : 011-39659550