3rd Virtual Symposium On Multidisciplinary Sciences (V-SMS2021) | PUSAT ASASI SAINS UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
» BERITA » 3rd Virtual Symposium on Multidisciplinary Sciences (V-SMS2021)

3rd Virtual Symposium on Multidisciplinary Sciences (V-SMS2021)

7 Julai 2021, Rabu - Pusat Asasi Sains Pertanian dengan kerjasama Iraqi Association for Academic Quality and Collaboration (IAAQC) telah menganjurkan 3rd Virtual Symposium on Multidisciplinary Sciences (V-SMS2021). Simposium ini telah ditaja oleh Malaysian Society for Cryptology Research (MSCR), Persatuan Sains Matematik Malaysia (PERSAMA) dan Persatuan Genetik Malaysia (PGM).

 

 

V-SMS2021 ini adalah kali ketiga dianjurkan oleh ASPer selepas diadakan pada 31 Julai 2019 (SMS2019) dan 12 Ogos 2020 (SMS2020). Dengan bertemakan "Converging Interdisciplinary Science: Fundamentals to Modern Applications", V-SMS2021 diadakan bertujuan menghimpunkan dan menyediakan platform kepada ahli akademik untuk berkongsi hasil penyelidikan yang dijalankan daripada pelbagai bidang Sains yang terdiri daripada Fizik, Matematik, Biologi, Kimia dan Pertanian.

 

 

Simposium ini telah dilaksanakan secara atas talian melalui platform Zoom dan dirasmikan oleh Yang Berbahagia Prof. Ts. Dr. M. Iqbal Saripan, Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) Universiti Putra Malaysia. Seramai 120 peserta tempatan dan antarabangsa yang  terdiri daripada ahli akademik, penyelidik dan pelajar yang telah menghadiri simposium ini. 58 daripadanya telah membentangkan hasil penyelidikan mereka dan artikel penyelidikan yang diterima akan diterbitkan di dalam jurnal SCOPUS.

 

Pihak penganjur merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada semua peserta dan pihak penajaan kerana telah menjayakan simposium ini. Diharapkan simposium ini dapat memberi peluang kepada ahli akademik, para penyelidik dan pelajar untuk bertukar idea dan pengalaman serta membina rangkaian penyelidikan dengan pelbagai cabang disiplin untuk perkembangan kerjaya mereka pada masa akan datang.

 

 

Tarikh Input: 17/07/2021 | Kemaskini: 11/10/2021 | hasniah

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT ASASI SAINS UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397696998
tiada
SXEdPAO~