ANUGERAH EMAS DAN PERAK MILIK BIDANG KIMIA DALAM INTERNATIONAL PUTRA INNOCREATIVE POSTER COMPETITION | PUSAT ASASI SAINS UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
» BERITA » ANUGERAH EMAS DAN PERAK MILIK BIDANG KIMIA DALAM INTERNATIONAL PUTRA INNOCREATIVE POSTER COMPETITION

ANUGERAH EMAS DAN PERAK MILIK BIDANG KIMIA DALAM INTERNATIONAL PUTRA INNOCREATIVE POSTER COMPETITION

Bidang kimia, Pusat Asasi Sains Pertanian (PASP) peroleh pingat Emas dan Perak dalam International Putra Innocreative Carnival in Teaching and Learning 2020. Poster yang bertemakan “Engaging Foundation Students through Interactive Qemis3 Magazine” yang dibentangkan oleh Dr. Siti Efliza Ashari telah berjaya menawan hati juri bagi meraih pingat emas. Pingat perak pula berjaya diperolehi bagi poster “Interactive Immersive Virtual Chemistry for Remote Learning Experience” yang dibentangkan oleh Cik Nur Syafiqah Idris.

 

Qemis3 Magazine merupakan antara tugasan yang dijalankan dalam aktiviti pembelajaran berpusatkan pelajar. Ia merupakan artwork pelajar asasi yang dibantu oleh semua tenaga pengajar subjek kimia serta pembantu pengawai sains. Virtual Chemistry merupakan kaedah pengajaran utama yang digunakan dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran kimia di PASP. Teknik pengajaran ini menggabung pelbagai kaedah pengajaran secara virtual menggunakan AsperLab dan Putrablast sebagai platform utama bagi memudahkan dan menarik minat pelajar menimba ilmu di waktu pandemik.

 

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada pihak pengurusan PASP, pembantu pengawai sains, pelajar asasi, pihak WAZAN dan semua yang terlibat bagi menghasilkan Qemis3 Magazine dan virtual chemistry. Tahniah diucapkan kepada bidang kimia. Semoga kejayaan yang diperolehi menyuntik semangat para pendidik PASP agar terus cemerlang di masa hadapan.

 

Tarikh Input: 26/11/2020 | Kemaskini: 06/10/2021 | hasniah

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT ASASI SAINS UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397696998
tiada
SXEdJAw~