SERDANG, 8 Mac - Majlis Perwakilan Pelajar Asasi Sains Universiti Putra Malaysia (ASPutra) sesi 2024/2025 telah menganjurkan "Mobile Legends ASPer20 Championship" pada 8 dan 9 Mac 2025 yang lalu bertempat di Dewan Putra 1, Kolej Tan Sri Aishah Ghani.
Kejohanan ini bertujuan bagi membantu pelajar mencapai keseimbangan antara akademik dan kokurikulum, di samping mengurangkan stres dan meningkatkan semangat kesukanan. Selain itu, kejohanan ini turut disertai oleh 132 orang pelajar dalam kalangan pelajar ASPer20. Penyertaan bagi kejohanan dua hari ini terbuka kepada setiap kumpulan kuliah dan satu pasukan boleh dihantar bagi setiap kategori iaitu kategori lelaki dan perempuan.
Mobile Legends ASPer20 Championship dimulakan dengan ketibaan peserta dan sesi pendaftaran kumpulan pada hari pertama. Sebanyak 18 pasukan telah menyertai kejohanan ini bagi kategori lelaki dan lima pasukan telah mendaftar bagi kategori perempuan. Perlawanan dimulakan dengan peringkat kumpulan bagi kategori lelaki manakala bagi kategori wanita pula, perlawanan dijalankan secara sistem liga. Perlawanan suku akhir bagi kategori lelaki juga turut diadakan pada hari yang sama. Hari pertama kejohanan berakhir dengan sesi penyampaian hadiah kepada pemenang bagi kategori perempuan yang telah disampaikan oleh pegawai pemantau kejohanan, Encik Mohamad Najib Ab Aziz.
Sesi fotografi pemenang kategori perempuan dengan Bendahari Majlis Perwakilan Pelajar ASPutra Sesi 24/25, Faris Hakimi Bin Nurul Fakhri dan pemantau program Mohamad Najib AB Aziz (gambar atas kumpulan SHEESH, gambar tengah LEVERAN, gambar bawah 13 ON TOP).
Pada hari kedua, kejohanan diteruskan dengan perlawanan separuh akhir kategori lelaki. Kemudian, kejohanan diteruskan dengan perlawanan akhir bagi kategori lelaki yang disiarkan secara langsung melalui platform Instagram HICOM ASPer20. Kejohanan berakhir dengan sesi penyampaian hadiah kategori lelaki yang telah disempurnakan oleh Presiden Majlis Perwakilan Pelajar ASPutra Sesi 2024/2025, saudara Muhammad Naufal Azhad Khairul Mahfuz serta sesi fotografi bersama pemenang.
Persediaan peserta-peserta ASPer20 sebelum perlawanan peringkat kumpulan
Sesi fotografi pemenang kategori lelaki dengan Presiden Majlis Perwakilan Pelajar ASPutra Sesi 24/25, Muhammad Naufal Azhad bin Khairul Mahfuz (gambar atas kumpulan WOILAHCIK, gambar tengah SEMAJ NOBEL, gambar bawah ENTITAS AMBALABU).
Majlis Perwakilan Pelajar ASPutra berharap agar kejohanan ini telah memberi manfaat kepada seluruh warga ASPutra khususnya para pelajar. Terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada barisan pengurusan Pusat Asasi Sains Universiti Putra Malaysia yang telah memberikan kelulusan program serta seluruh ahli jawatankuasa kejohanan yang menjayakan pertandingan ini.
Disediakan oleh,
Jacob Boon Chien Hong
Disemak oleh,
Cik Ermelia Rohayu Ramlan
Tarikh Input: 14/03/2025 | Kemaskini: 14/03/2025 | hasniah
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor
Hotline : 011-39659550