Free Meal Daripada Putra Bakti Untuk Pelajar ASPer 20 | PUSAT ASASI SAINS UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
» BERITA » Free Meal daripada Putra Bakti Untuk Pelajar ASPer 20

Free Meal daripada Putra Bakti Untuk Pelajar ASPer 20

UPM Serdang , 13 Mac 2025 bertempat di ruang legar Pusat Asasi Sains Universiti Putra Malaysia telah berlangsung agihan sumbangan free meal oleh staf Bahagian Kaunseling yang diketuai oleh Puan Rafidah Sadaruddin.

Sumbangan sebanyak 100 bungkus makan berbuka ini telah diagihkan kepada para Asnaf dan pelajar Asper 20 mulai jam 3.00 petang dengan dibantu oleh AJK Bakul Kasih ASPutra. Sumbangan hari ini berupa bungkusan nasi dan kurma yang disumbangkan khas oleh Putra Bakti UPM.

Terima kasih kami ucapkan kepada pihak penyumbang dan ia serba sedikit membantu pelajar yang memerlukan dibulan Ramadhan yang penuh barakah ini. Semoga aktiviti ini akan kita teruskan lagi pada masa akan datang.

Tarikh Input: 14/03/2025 | Kemaskini: 14/03/2025 | hasniah

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT ASASI SAINS UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397696998
tiada
S.2025/3/16:23:49:22~noCache