Anugerah Emas PITRAM 2022 | PUSAT ASASI SAINS UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
» BERITA » Anugerah Emas PITRAM 2022

Anugerah Emas PITRAM 2022

ASPER MENDAPAT 2 EMAS DAN 4 PERAK DALAM PERTANDINGAN INOVASI INTER-ASASI MATRIKULASI (PIITRAM 2022).

Pada 2-8 Mac 2022 lalu, Universiti Pertahanan Malaysia, UPNM telah menganjurkan Pertandingan Inovasi Inter-Asasi Matrikulasi Kali Ke-2 (PIITRAM 2022). Pertandingan ini disertai oleh 30 wakil dari Asasi-asasi universiti awam dan Kolej-kolej Matrikulasi Malaysia. Hampir 288 penyertaan didaftarkan pada pertandingan kali ini. Pertandingan dijalankan secara maya atas talian menggunakan platform Zoom.

Pusat Asasi Sains Pertanian, PASP telah menghantar sebanyak 6 penyertaan ke Pertandingan Inovasi Piitram 2022. Penyertaan adalah dari tiga kumpulan pelajar (Kategori Pelajar) dan tiga kumpulan akademik (Kategori Akademik). Kumpulan pelajar di bantu oleh tiga mentor dari Bidang Fizik PASP iaitu Dr. Ihwan Syafiq Bin Mohd Noor, Dr. Emma Ziezie Binti Mohamad Tarmizi dan Dr. Ya’akob Mansor.

Namun penyertaan kali ini sedikit mencabar bagi pelajar kerana pembentangan pertandingan dilakukan dalam minggu Ujian Penilaian 1. Mereka terpaksa membentangkan projek mereka setelah selesai menjawab ujian.Namun, itu bukan dijadikan alasan untuk memberi yang terbaik. Akhirnya pelajar mampu membawa pulang 2 pingat Emas dan 1 pingat Perak.

Manakala bagi Kumpulan Akademik, tiga bidang dari Bidang Biologi, Bidang Pertanian dan Bidang Bahasa Inggeris mendaftarkan inovasi pengajaran mereka. Mereka diketuai oleh En. Muhammad Amiruddin Ibrahim (Bidang Biologi), En. Mohamad Haidir Mohamed Noor (Bidang Pertanian) dan Cik Zur Hanis Hamim (Bahasa Inggeris). Mereka membentangkan inovasi dalam pengajaran yang di amalkan dalam kaedah pengajaran di PASP. Mereka membawa pulang 3 pingat perak.

Tahniah dari Pusat Asasi Sains Pertanian kepada semua peserta atas usaha dan kejayaan yang di kecapi.

Butiran projek yang didaftarkan dalam kategori Pelajar: Sains & Teknologi adalah seperti berikut:

BIL.

TAJUK PROJEK

KETUA PROJEK

SENARAI AHLI PROJEK

MENTOR

1

Kitchen Powder to Energy Device: Corn Starch Based Polymer Electrolyte for the Development of Low-Cost and Sustainable Solar Cells

Justin Kok Shao Loong

1. Ummi Nur Athirah Binti Mohd Daud

2. Nurin Syazwana Binti Ahmad Nizam

3. Dyana Kamelia Binti Mazdy

4. Natasya Zamira Binti Zalmi

Dr. Ikhwan Syafiq Mohd Noor

2

Filtration-Based Grey Water Recycling System

Lathigasree A/P Suppiah

1. Punithaan A/L Selvadurai

2. Deebak A/L Pusparajan

3. Sree Janane A/P Jayabrakash

4. Lohsshini A/P Rajah

Dr. Ya'akob Mansor

3

“Raino-Draino”- The Hydroelectric Power Generator

Sanjeetha A/P Murugapergasam

1. Hematarsini A/P Ganesan

2. Vinisha A/P Manimaran

3. Divyaa A/P Visvalingam

4. Shajitra A/P Subramaniam

Dr Emma Ziezie Mohd Tarmizi

Butiran projek yang didaftarkan dalam kategori Akademik: Sains & Teknologi adalah seperti berikut:

BIL.

TAJUK PROJEK

KETUA PROJEK

SENARAI AHLI PROJEK

1

ASPer BioD- An Integrated Approach to BioDiversity Learning for Foundation Studies

En. Muhammad Amiruddin Ibrahim

1. Dr. Nadiatul Hafiza Hassan

2. Cik Erra Noorfazira Bandong

3. En. Muhamad Ismail Othman

4. Cik Nur Atikah Saleh Hodin

2

Emojizle: A New Type of Puzzle Play for Language Classroom

Zur Hanis Binti Hamim

1. Siti Nasriah Binti Ramli

2. Hazirah Binti Abidin

3. Cindy Anak Robert

4. Ardini Zalikha Binti Nordin

5. Nur Farhana Binti Fadzillah@Fadzil

6. Siti Norbaiti Binti Yahaya

3

The Urban Farming Project: An Online Learning of Hands On Agriculture

Mohamad Haidir Bin Mohamed Noor

1. Ermelia Rohayu Binti Ramlan

2. Azham Bin Mohamad

3. Noor Ashira Binti Yusran

4. Muhammad Termidzi Bin Abd Jamal

5. Rafina Syhadilla Binti Md Rafi

6. Mohamad Amirul Faez Bin Sulaiman

7. Hani Nadhirah Binti Basir

Gambar: Justin (dua dari kanan) dan rakan-rakan bersama mentor projek.

Gambar: Sanjeetha (dua dari kanan) bersama rakan-rakan

 

Gambar: Lathigasree (tengah) bersama rakan-rakan

 

Gambar: Kumpulan Sanjeetha bersama mentor, Dr. Emma selepas selesai pembentangan projek mereka.

Disediakan Oleh,

Cik Aina Suhaiza binti Mohamad Nazir 

Pegawai Pendidikan Siswazah

Penyelaras PITRAM

Tarikh Input: 19/03/2022 | Kemaskini: 26/08/2022 | hasniah

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT ASASI SAINS UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397696998
tiada
SXEdPAa~