ASASI PERTAMA MENGGUNAKAN PUTRA VOTING | PUSAT ASASI SAINS UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
» BERITA » ASASI PERTAMA MENGGUNAKAN PUTRA VOTING

ASASI PERTAMA MENGGUNAKAN PUTRA VOTING

27 Sept 2024 – Jawatankuasa Aktiviti Pelajar ASPutra telah bekerjasama dengan pihak iDEC UPM, Bahagian Kampus Pintar dan Pendigitalan bagi menjayakan Pilihan Raya ASPer20 kali ini. Pilihan Raya ASPer20 juga dikenali sebagai PRA20 dilaksanakan bagi memilih wakil Jawatankuasa Tertinggi (HICOM) yang akan menjadi pengantara di antara pihak pengurusan ASPutra dan pelajar ASPer20 dalam merancang aktiviti melibatkan pelajar.

 

Buat julung kali, PRA20 diadakan dengan menggunakan aplikasi Putra Voting. Ia merupakan satu kaedah pengundian yang dibangunkan oleh pihak iDEC dan merupakan salah satu transformasi Pendigitalan Kampus Pintar yang diselaraskan dengan norma baharu. Aplikasi ini juga digunapakai dalam proses pengundian pemilihan Perwakilan Pelajar di peringkat kampus Serdang.

 

Pelaksanaan PRA20 yang mengambil masa selama 7 minggu dimulakan dengan poster hebahan, bengkel penggunaan aplikasi Putra Voting, penamaan calon, penilaian calon, pembentangan manifesto dan akhirnya proses pembuangan undi pada 27 September 2024, 8.00 hingga 10.00 pagi. PRA20 berjaya mencapai 99.09% pelajar mengundi. Seramai 18 calon terpilih bagi 3 jawatan yang dipertandingkan. Jawatan yang dipertandingkan adalah jawatan Presiden, Setiausaha dan Bendahari.

 

Pengumuman keputusan telah dimaklumkan pada hari yang sama di majlis pentutup yang dihadiri oleh Prof. Madya. Dr. Noor Azmi Shaharuddin (Timb. Pengarah 1), Dr. Muhammad Alif Mohammad Latif (Timb. Pengarah 2), Tn. Hj. Mat Razi Abdullah (Timb. Pendaftar), Pn. Rahiza Abu Hanipah (Pen. Pendaftar Kanan), En. Rizal Razak (Ketua Bahagian Kampus Pintar dan Pendigitalan, Jawatankuasa PRA20 serta calon-calon bertanding bersama para penyokong mereka. Tahniah kepada calon yang terpilih menjawat jawatan HICOM. Semoga anda dapat menggalas tanggungjawab dan melaksanakan tugas sebaiknya.

 

Gambar 1: Bengkel Penggunaan Aplikasi Putra Voting yang disampaikan oleh En. Rizal Razak (Ketua Bahagian Kampus Pintar dan Pendigitalan)

Gambar 2: Bengkel Penggunaan Aplikasi Putra Voting dihadiri oleh urusetia PRA20

 

Gambar 3: Hari Pembentangan Manifesto (Proses Berkempen)

Gambar 4: Suasana sewaktu sesi pembentangan manifesto oleh calon

 

Gambar 5: Perasmian Majlis Penutup oleh Timbalan Pengarah 2 ASputra, Dr. Muhammad Alif Mohammad Latif

Gambar 6: Barisan HICOM ASPer20 bersama wakil pengurusan tertinggi ASPutra dan tetamu jemputan.

 

Disediakan Oleh,

AINA SUHAIZA MOHAMAD NAZIR

Pegawai Perkhidmatan Pendidikan

 

Tarikh Input: 30/09/2024 | Kemaskini: 30/09/2024 | hasniah

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT ASASI SAINS UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397696998
tiada
S, (06:31:32am-06:36:32am, 14 Apr 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]