SERDANG, 18 Nov - Universiti Putra Malaysia (UPM) menganjurkan ASPutra Riadah, ASPutra Saadah yang bermula pada 18 November sehingga 21 November 2024.
Program ini adalah salah satu inisiatif Majlis Perwakilan Pelajar Asasi UPM yang telah diluluskan dalam Mesyuarat Pengurusan Pusat Asasi Universiti Putra Malaysia (ASPutra) pada 14 November lalu sebagai platform kepada pelajar Asasi Sains Pertanian 20 (ASPer20) melibatkan diri dalam aktiviti cergas seperti bersukan dan beriadah serta mengurangkan masalah tekanan emosi dalam kalangan pelajar ASPer20.
Melalui program itu, para pelajar ASPer20 dapat mengukuhkan ukhuwah antara satu sama lain serta memupuk kemenjadian diri pelajar yang seimbang
menerusi aspek akademik dan kokurikulum. Selain itu, program itu menyasarkan penglibatan pelajar ASPer20 seramai 200 orang pelajar tetapi atas sokongan pelajar ASPer20 yang padu, program itu berjaya mencapai 210 orang penglibatan.
Aktiviti yang dijalankan ialah Pertandingan Futsal Penalti antara Kuliah yang bertempat di Gelanggang Futsal Serumpun, UPM (18 November sehingga 21 November 2024). Pada hari pertama (18 November 2024) , kuliah yang terlibat adalah kuliah 2,7,8 dan 16 diikuti dengan kuliah 10,14,18,19 dan 20 pada hari kedua (19 November 2024), diikuti pula dengan kuliah 3,9 dan 12 pada hari ketiga (20 November 2024) dan kuliah 4,6,13 dan 17 pada hari terakhir (21 November 2024). Setiap kuliah mempamerkan corak permainan yang terbaik namun hanya ada satu pemenang, iaitu pada hari pertama Kuliah 8, diikuti oleh Kuliah 19 pada hari kedua, pada hari ketiga pula Kuliah 12 dan pada hari terakhir dimenangi oleh Kuliah 6.
Adalah menjadi harapan Majlis Perwakilan Pelajar ASPutra agar program ini dapat memberi manfaat kepada seluruh pelajar ASPer20.
Disediakan oleh,
Daniesh Aqashah bin Hashimi
Tarikh Input: 27/01/2025 | Kemaskini: 27/01/2025 | hasniah
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor
Hotline : 011-39659550