Asasi Sains Universiti Putra Malaysia Lancar ASPutra Riadah, ASPutra Saadah 2.0 | PUSAT ASASI SAINS UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
» BERITA » Asasi Sains Universiti Putra Malaysia lancar ASPutra Riadah, ASPutra Saadah 2.0

Asasi Sains Universiti Putra Malaysia lancar ASPutra Riadah, ASPutra Saadah 2.0

SERDANG, 24 Jan    -     Universiti Putra Malaysia (UPM) menganjurkan ASPutra Riadah, ASPutra Saadah 2.0 yang bermula pada 20 Januari sehingga 23 Januari 2025. Program itu adalah salah satu inisiatif Majlis Perwakilan Pelajar Asasi UPM yang telah diluluskan dalam Mesyuarat Pengurusan Pusat Asasi Universiti Putra Malaysia (ASPutra) pada 9 Januari lalu sebagai platform kepada pelajar Asasi Sains Pertanian 20 (ASPer20) melibatkan diri dalam aktiviti cergas seperti bersukan dan beriadah serta mengurangkan masalah tekanan emosi dalam kalangan pelajar ASPer20.

 

Melalui program itu, para pelajar ASPer20 dapat mengukuhkan ukhuwah antara satu sama lain serta memupuk kemenjadian diri pelajar yang seimbang menerusi aspek akademik dan kokurikulum. Selain itu, program itu menyasarkan penglibatan pelajar ASPer20 seramai 120 orang tetapi atas sokongan pelajar ASPer20, program itu berjaya mencapai 200 orang penglibatan.

 

Aktiviti yang dijalankan ialah Pertandingan Bola Jaring 3v3 Antara Kuliah yang bertempat di Gelanggang Bola Jaring Serumpun, UPM (20 Januari hingga 23 Januari 2025). Pada hari pertama (20 Januari 2025) , kuliah yang terlibat adalah kuliah 1, 2, 3, 4 dan 5 diikuti dengan kuliah 6, 7, 9 dan 10 pada hari kedua (21 Januari 2025), diikuti pula dengan kuliah 11, 12 ,13 ,14 dan 15 pada hari ketiga (22 Januari 2025) dan kuliah 16 ,17 ,18, 19 dan 20 pada hari terakhir (23 Januari 2025). Setiap kuliah mempamerkan corak permainan yang terbaik namun hanya ada satu pemenang, iaitu pada hari pertama Kuliah 5, pada hari kedua Kuliah 9 , pada hari ketiga pula Kuliah 11 dan pada hari terakhir dimenangi oleh Kuliah 19. 

Adalah menjadi harapan Majlis Perwakilan Pelajar ASPutra agar program ini dapat memberi manfaat kepada seluruh pelajar ASPer20.

 

Tarikh Input: 27/01/2025 | Kemaskini: 27/01/2025 | hasniah

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT ASASI SAINS UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397696998
tiada
S.2025/3/17:2:10:25~noCache