Asper16 Memilih 2020 | PUSAT ASASI SAINS UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
» BERITA » Asper16 Memilih 2020

Asper16 Memilih 2020

Pada 5 November 2020, Pusat Asasi Sains Pertanian UPM telah mengadakan satu Pilihan Raya ASPER 16 (PRA 16) bagi melantik wakil pelajar dalam kalangan pelajar AsPer 16. Pilihan raya ini merupakan pilihan raya ke-2 dijalankan di Pusat Asasi Sains Pertanian. Namun, terdapat sedikit perbezaan dalam PRA16 jika dibandingkan dengan tahun lalu dimana semua proses yg terlibat daripada awal adalah secara atas talian. Proses-proses yang perlu dilalui menyerupai proses sebenar pilihan raya dimana terdapat borang percalonan yang harus diisi, sesi berkempen serta pembuangan undi.

Bagi sesi PRA16 tahun ini, didapati seramai 695 pelajar yang bersamaan 89.33% yang telah membuang undi bagi memilih wakil pelajar yang layak.

Terdapat 3 jawatan yang dipertandingkan dalam PRA16 iaitu jawatan Presiden, Setiausaha dan Bendahari. Terdapat 4 calon yang bertanding bagi jawatan Presiden, 5 calon yang bertanding bagi jawatan Setiausaha dan 5 calon yang bertanding bagi jawatan Bendahari. Calon-calon yang bertanding telah menghantar video kempen yang boleh ditonton di Instagram Asper UPM (@asper_upm).

PRA16 telah menyaksikan Ammar Haziq Bin Mohd Faiz daripada Kuliah 7 berjaya menyandang jawatan Presiden HICOM ASPER 16, Muhammad Farhan bin Abdul Rahman dari Kuliah 2 yang menyandang jawatan Setiausaha dan Nur Nisa Ayuni binti Azizi dari Kuliah 7 yang menyandang jawatan Bendahari.

Bagi jawatan Timbalan Presiden, Timbalan Setiausaha dan Timbalan Bendahari pula berjaya disandang oleh calon calon yang memperoleh undian kedua terbanyak bagi setiap jawatan yang dipertandingkan. Timbalan Presiden disandang oleh Siti Sarah binti Sulaiman dari Kuliah 18. Manakala jawatan Timbalan Setiausaha pula disandang oleh Farah Aleesa Binti Abd Razak dari Kuliah 7. Jawatan terakhir iaitu Timbalan Bendahari pula berjaya disandang oleh Tan Xiao Xuan dari Kuliah 6.

Diharapkan pelajar yang dilantik menjadi HICOM ASPER 16 ini dapat menjalankan amanah tugas masing masing dalam memimpin rakan rakan seperjuangan kearah menjadi pelajar yang holistik dalam segala aspek kehidupan.

Tarikh Input: 17/11/2020 | Kemaskini: 08/10/2021 | hasniah

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT ASASI SAINS UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397696998
tiada
SXEdFAK~