ASPER 17 MENDAPAT TEMPAT KETIGA PADA PERTANDINGAN DEBAT PIALA PENGETUA KTDI. | PUSAT ASASI SAINS UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
» BERITA » ASPER 17 MENDAPAT TEMPAT KETIGA PADA PERTANDINGAN DEBAT PIALA PENGETUA KTDI.

ASPER 17 MENDAPAT TEMPAT KETIGA PADA PERTANDINGAN DEBAT PIALA PENGETUA KTDI.

Pada 8 – 11 Mac 2022 lalu, Kolej Tun Dr. Ismail (KTDI), Universiti Putra Malaysia telah menganjurkan Pertandingan Debat Piala Pengetua (DPP). Pertandingan dijalankan secara atas talian menggunakan platform Zoom selama 4 hari.

Pertandingan kali ini di sertai oleh 10 pasukan dari majoriti kalangan pelajar ijazah sarjana muda dan pelajar asasi. Pusat Asasi Sains Pertanian juga menghantar satu pasukan, ASPer 17 yang diwakili oleh Hasnul Harris Amir Bin Hasnul Emry (Kuliah 10), Mohamad Haikal Bin Arsahak (Kuliah 17), Muhammad Hakimie Bin Abdul Rhaman (Kuliah 10) dan Nur Aina Afifah Binti Baseri (Kuliah 12).

Penyertaan ini di sertai sebagai salah satu persedian mereka untuk Pertandingan Debat Inter Asasi Universiti Awam 2022 yang di anjurkan oleh Pusat Asasi Sains Universiti Malaya (PASUM) pada 18 – 21 Mac 2022.

Pasukan ASPer 17 dapat mara ke Peringkat Suku Akhir setelah mendapat 3 kemenangan di peringkat pusingan dengan mengalahkan pasukan dari KC A, Kolej Tiga Belas dan Srikandi KTDI. Di peringkat suku akhir pula pasukan ASPer 17 berjaya mengalahkan sekali lagi pasukan Kolej Tiga Belas dan melayakkan diri ke peringkat Separuh Akhir. Namun, sayangnya pasukan ASPer 17 kalah di pentas ini dengan margin sebanyak 2.4 dan mendapat tempat ketiga dalam arena perdebatan pertandingan. Peserta mendapat wang tunai sebanyak RM250 bersama plak, sijil dan hamper.

Walaupun tiada rezeki membawa pulang Johan, diharapkan peserta dapat meneruskan semangat juang untuk memberikan persembahan terbaik Ketika Pertandingan Debat Inter Asasi Universiti Awam akan datang. Tahniah dari semua warga Pusat Asasi Sains Pertanian kepada peserta dan semoga terus cemerlang.

 

Keputusan rasmi bagi pertandingan Debat Piala Pengetua adalah seperti berikut:

Johan: Pasukan KTEN

Naib Johan: Pasukan Srikandi KTDI

Ketiga: Pasukan ASPer 17

 

Antara usul yang dibahaskan dalah seperti berikut:

  1. Kenaikan Gaji Minimum Penawar Masalah Ekonomi Rentan
  2. Malaysia Perlu Gusar dengan Krisis Makanan Dunia
  3. Krisis Pelarian Dunia, Kita Hanya Simpati Bukan Empati
  4. Dewan Ini Percaya Ekonomi Gig Patut Diberikan Masa Hadapan Yang Cerah

Gambar: Hakimie (dari kanan), Haikal dan Hasnul di hari kedua pertandingan.

 

Gambar: Aina (tengah), Haikal dan Hasnul di hari ketiga pertandingan.

Gambar: Slaid pengumuman keputusan Pertandingan DPP di laman Youtube.

 

Gambar: Tangkapan skrin pertandingan peringkat pusingan kedua sidang ke-4, pasukan ASPer 17 dengan pasukan Kolej Tiga Belas.

 

Gambar: Tangkapan skrin pertandingan peringkat pusingan ketiga sidang ke-2, pasukan ASPer 17 dengan pasukan Jemaah Menteri.

Gambar: Tangkapan skrin pertandingan peringkat pusingan keempat sidang ke-3, pasukan ASPer 17 dengan pasukan Srikandi KTDI.

 

Gambar: Tangkapan skrin pertandingan peringkat separuh akhir, pasukan ASPer 17 dengan pasukan Srikandi KTDI.

 

 

Disediakan Oleh,

Cik Aina Suhaiza (Pengurus Pasukan Debat) dan

Mohammad Hakimie Abdul Rhaman (Pelajar ASPer 17)

22 Mac 2022

 

Tarikh Input: 23/03/2022 | Kemaskini: 14/09/2022 | hasniah

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT ASASI SAINS UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397696998
tiada
SXEdOAr~