AsPer Exploring Statistics (AES) 2025 | PUSAT ASASI SAINS UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
» BERITA » AsPer Exploring Statistics (AES) 2025

AsPer Exploring Statistics (AES) 2025

Pada jam 3 hingga 5 petang, 23 Mei 2025 bertempat di Bilik Kuliah 10 and 11, Bangunan Asasi 4, telah berlangsung program AsPer Exploring Statistics (AES 5.0) 2025. Program ini dianjurkan oleh Bidang Matematik, Pusat Asasi Sains UPM khusus untuk pelajar-pelajar program Asasi Sains Pertanian (ASPer), UPM bagi meningkatkan motivasi dalam kalangan pelajar dengan memberi pendedahan tentang kepentingan statistik dalam kehidupan seharian. Program ini adalah bertujuan untuk memberi pendedahan dan pengalaman kepada pelajar melaksanakan ekseperimen statistik, mengumpul data sebenar, menganalisis data dan mempersembahkan data menggunakan analisis deskriptif.

Program ini telah disertai oleh 20 kumpulan yang terdiri daripada 4-5 orang pelajar dari setiap kumpulan kuliah, kesemua pengajar dari bidang Matematik serta tujuh orang juri jemputan dari Jabatan Matematik dan Statistik, Fakulti Sains UPM dan 3 orang juri luar dari USIM, UPNM dan MAHSA University. Program AES 5.0 ini dirasmikan oleh Pengarah ASPutra iaitu Profesor Madya Dr. Marina Mohd. Top @ Mohd. Tah. Turut hadir ialah Timbalan Pengarah 1 (Akademik dan Penyelidikan), Prof. Madya Dr. Noor Azmi Shaharuddin serta Timbalan Pendaftar, Tuan Hj. Mat Razi Abdullah.

Pengarah ASPutra, Profesor Madya Dr. Marina Mohd. Top @ Mohd. Tah sedang memberi kata-kata aluan dan merasmikan majlis

Setiap kumpulan membentangkan hasil kajian di ruang pameran masing-masing menggunakan poster bersaiz bunting dan diadili oleh dua orang juri. Pengarah dan Timbalan Pengarah 1 turut meluangkan masa melawat ruang pameran dan berinteraksi dengan para pelajar.

Timbalan Pengarah 1 sedang berinteraksi dengan pelajar dari Kumpulan kuliah 8

Pengarah sedang berinteraksi dengan pelajar dari kumpulan kuliah 10

Dr. Hasan sedang mengadili pembentangan dari kumpulan kuliah 13

Pn. Amanina sedang mengadili pembentangan dari kumpulan kuliah 15

Biro Penjurian sedang mengira markah yang diperoleh daripada para juri.

Wakil juri jemputan, Prof. Madya Dr. Jayanthi Arasan dari Fakulti Sains UPM memberikan ulasan setelah sesi penjurian selesai.

Setiap pemenang menerima hadiah berbentuk wang tunai dan hamper, manakala kesemua peserta mendapat sijil penyertaan. Hadiah-hadiah telah disampaikan oleh Timbalan Pengarah 1 (Akademik dan Penyelidikan), Prof. Madya Dr. Noor Azmi Shaharuddin dan diiringi oleh En. Muhammad Khairul Jauhari Othman selaku Ketua Projek AES 5.0. Senarai pemenang serta tajuk kajian masing-masing adalah seperti berikut:

Kedudukan

Kumpulan Kuliah

Tajuk Kajian

Pertama

1

Correlation and Regression Analysis between Number of Matches Played in Mobile Legend and The Number of Matches Won

Kedua

17

Correlation and Regression Analysis Between Correlation and Regression Analysis Between Social Media Use and Self-Reported Mental Well-Being Among Students

Ketiga

5

Correlation and Regression Analysis between Hours Spent on Video Games and Hand-Eye Coordination Scores

Saguhati

3

Correlation and Regression Analysis between Hours Spent for Socializing and Happiness Level among ASPer Students

 

7

Correlation and Regression Analysis between Monthly Allowance and Students Spending Habits among University Students

                                                           Pemenang tempat Pertama

 

Pemenang tempat Kedua

                                                                                 Pemenang tempat Ketiga

                                                                                  Pemenang hadiah saguhati               

 

Para pengajar Matematik ASPutra serta Timbalan Pengarah 1 dan Timbalan Pendaftar bergambar bersama para juri jemputan.

 

Gambar-gambar program ini boleh diakses melalui pautan Google Photo: AES 5.0.

Disediakan oleh,

Dr. Mohd Ezad Hafidz Hafidzuddin

Biro Protokol, Multimedia & Publisiti AES 5.0

                

Tarikh Input: 03/06/2025 | Kemaskini: 03/06/2025 | hasniah

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT ASASI SAINS UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397696998
tiada
W, (12:00:36pm-12:05:36pm, 14 May 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]