ASPER Memenangi Tempat Ke-3 Pertandingan Amalan Terbaik Inovasi Pengajaran Dan Pembelajaran (PdP) | PUSAT ASASI SAINS UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
» BERITA » ASPER memenangi tempat ke-3 Pertandingan Amalan Terbaik Inovasi Pengajaran dan Pembelajaran (PdP)

ASPER memenangi tempat ke-3 Pertandingan Amalan Terbaik Inovasi Pengajaran dan Pembelajaran (PdP)

Bersempena sambutan Bulan Pendidik sepanjang Oktober 2020 yang dirasmikan oleh YBhg. Naib Canselor, Prof. Dr. Mohd. Roslan Sulaiman pada 9 Oktober 2020, Universiti Putra Malaysia (UPM) menganjurkan Pertandingan Amalan Terbaik Inovasi Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) antara Fakulti/Pusat Pengajian bagi meneruskan usaha untuk melonjakkan kecemerlangan inovasi PdP di UPM.

 

Sambutan pada tahun ini bertemakan “Teaching from the Heart: Fun Learning” selari dengan peranan ASPER sebagai peneraju program pra-siswazah di UPM. Acara ini merupakan penyertaan tahunan ASPER dan tahun ini Bidang Matematik terpilih untuk mewakilkan ASPER bagi pertandingan amalan terbaik fakulti. Berbeza dengan penganjuran sebelum ini, penganjuran pada tahun 2020 telah dilaksanakan secara dalam talian sepenuhnya.  

Pada edisi 2020, sebanyak lapan penyertaan dari seluruh UPM mengetengahkan amalan terbaik inovasi Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) masing-masing. Pertandingan ini telah diadili oleh dua orang juri jemputan luar daripada Universiti Malaya dan Universiti Teknologi Malaysia. Penjurian dilaksanakan melalui penilaian terhadap bahan inovasi PdP berdasarkan kriteria seperti kreativiti dan sumbangan inovasi dalam menambahbaik kualiti PdP,  kebolehgunaan dan keberkesanan penggunaan serta potensi inovasi, dan juga impak kepada pelajar/program/fakulti/pusat pengajian/UPM.

Pada tahun ini ASPER yang diwakili Bidang Matematik telah memenangi tempat ketiga dengan membawa pulang wang tunai sebanyak RM2000 beserta sijil. Inovasi yang bertajuk Asper Exploring Statistics (AES) Program merupakan satu wadah kepada pelajar ASPER untuk merasai pengalaman bermatematik menerusi ilmu asas statistik. Dengan pelaksanaan inovasi AES, kami yakin bahawa program seperti ini dapat menanamkan pengalaman yang bermakna bagi pelajar bahawa statistik digunakan dalam kehidupan seharian. Disamping itu, AES terbukti meningkatkan kreativiti tenaga pengajar sebagai satu kaedah alternatif PdP yang menarik. Impak inovasi adalah sejajar dengan salah satu hasil program ASPER iaitu pelajar ‘menunjukkan kecekapan mencari maklumat dan kemahiran kendiri pada tahap ini bagi pembelajaran sepanjang hayat’.       Projek yang diketuai Dr. Muhammad Asyraf Asbullah ini turut melibatkan tiga lagi tenaga pengajar iaitu Dr. Mohammad Hasan Abdul Sathar, Wan Nur Atikah Wan Mohd Adnan dan Nurul Amira Aslan.

Tahniah di ucapkan kepada tenaga pengajar Bidang Matematik dan pelajar yang terlibat keseluruhannya, secara langsung dan secara tidak langsung yang menyumbang kepada penganugerahan ini kepada ASPER.

 

Tarikh Input: 17/11/2020 | Kemaskini: 06/10/2021 | hasniah

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT ASASI SAINS UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397696998
tiada
SXEdJAq~