ASPer UPM Turut Beri Saingan Dalam FANTAsi 2024 | PUSAT ASASI SAINS UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
» BERITA » ASPer UPM Turut Beri Saingan Dalam FANTAsi 2024

ASPer UPM Turut Beri Saingan Dalam FANTAsi 2024

25-27 Februari 2024, telah berlangsung Festival Pantun Antara Asasi IPTA 2024 (FANTASI 2024) bertempat di Kompleks Permata Pintar Negara UKM.  Aktiviti anjuran Majlis Dekan/Pengarah Asasi IPTA ini merupakan kali ketiga dilaksanakan dan untuk kali ini ia telah disertai oleh 22 pasukan daripada asasi IPTA dan juga wakil daripada kolej matrikulasi.

Pusat Asasi Sains UPM menghantar dua pasukan iaitu UPM A dan UPM B. Pasukan UPM A dianggotai oleh Noor Amira Natasya binti Talib, Nurin Alyaa Adriana Binti Nasir, Muhammad Adha Zuhairi bin Arman, dan Nur Dalilah Insyirah Binti Sapari. Pasukan UPM B pula disertai oleh Wan Wardatul Aiman Binti Wan Raselan, Aneesa Maysara Binti Burhanuddin, Muhammad Thaqif Syahiran Bin Izham, dan Izz Hakimee Hiroshi Bin Ludinata.

 

 Kedua-dua pasukan UPM A dan UPM B telah memberikan saingan yang hebat bagi beberpa pusingan saringan, namun kemenangan tidak memihak kepada pasukan UPM. Kedua-dua pasukan gagal untuk mara ke akhir.

Namun tahniah diucapkan kepada semua pemantun yang telah berusaha sebaik mungkin dalam FANTASI 2024. Semoga pengalaman ini akan menjadi titik permulaan kepada kemenangan pasukan UPM pada masa akan datang.

Tarikh Input: 12/03/2024 | Kemaskini: 12/03/2024 | hasniah

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT ASASI SAINS UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397696998
tiada
SXEdGAq~