ASPutra Perkenal Laluan Pendidikan Ke SAM Hulu Langat | PUSAT ASASI SAINS UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
» BERITA » ASPutra Perkenal Laluan Pendidikan ke SAM Hulu Langat

ASPutra Perkenal Laluan Pendidikan ke SAM Hulu Langat

ASPutra Perkenal Laluan Pendidikan ke SAM Hulu Langat

CHERAS, 11 September – Pusat Asasi Sains Universiti Putra Malaysia (ASPutra) turut mengambil bahagian dalam Minggu Kerjaya Tahun 2025 di Sekolah Agama Menengah Hulu Langat dengan membuka booth Pameran Kerjaya di Dewan Al Zamakhsyari, di sini hari ini. Program yang bermula pada jam 8.30 pagi hingga 1.00 petang itu menyasarkan penyertaan murid, guru, ibu bapa serta komuniti setempat.

ASPutra diwakili oleh tiga pegawai promosi iaitu Dr. Muhammad Alif Mohammad Latif, Puan Rahiza Abu Hanipah dan Encik Tuan Muhammad Syafiq Tuan Hassan. Sepanjang program berlangsung, mereka berpeluang berinteraksi dengan pengunjung, menjawab pelbagai soalan serta memberikan penerangan mengenai peluang melanjutkan pengajian dan laluan kerjaya yang disediakan.

Penganjuran pameran ini bertujuan memberi pendedahan awal kepada pelajar tentang peluang pendidikan tinggi, bidang pengajian yang sesuai dengan minat dan kebolehan, serta potensi laluan kerjaya pada masa hadapan. Selain menarik minat pelajar tingkatan 4 dan 5, penyertaan ASPutra turut memberikan manfaat kepada murid tingkatan 1 hingga 3, di samping memperkukuh keterlihatan dan hubungan ASPutra dengan komuniti setempat.

 

 

Disediakan oleh,

Tuan Muhammad Syafiq Tuan Hassan

Pegawai Eksekutif 3, ASPutra

 

 

 

Tarikh Input: 14/10/2025 | Kemaskini: 14/10/2025 | hasniah

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT ASASI SAINS UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397696998
tiada
W, (01:19:10am-01:24:10am, 26 May 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]