ASPutra Sertai Program Mock Interview Di KISAS | PUSAT ASASI SAINS UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
» BERITA » ASPutra Sertai Program Mock Interview di KISAS

ASPutra Sertai Program Mock Interview di KISAS

ASPutra Sertai Program Mock Interview di KISAS

KLANG, 26 September – Pusat Asasi Sains Universiti Putra Malaysia (ASPutra) telah dijemput oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling, Kolej Islam Sultan Alam Shah (KISAS) untuk membuka booth pameran sempena Program Mock Interview Peringkat Sekolah Tahun 2025.

Program yang diadakan bersempena Minggu Informasi Pendidikan dan Kerjaya KISAS ini berlangsung pada Jumaat, 26 September 2025, dari jam 9.00 hingga 11.30 pagi bertempat di Dewan Al-Muttaqin Al-Mutthaqqafin.

Objektif utama program adalah untuk memberikan pendedahan awal kepada pelajar mengenai peluang menyambung pengajian di peringkat lebih tinggi serta membantu mereka mendapatkan maklumat jelas berhubung kursus yang ingin diceburi pada masa hadapan.

ASPutra telah diwakili oleh tiga pegawai, iaitu Encik Tuan Muhammad Syafiq Tuan Hassan, Encik Mohamad Najib Ab Aziz, dan Encik Muhammad Termidzi Abd Jamal, yang bersama-sama menjayakan sesi pameran dan perkongsian maklumat.

Melalui penyertaan ini, ASPutra berpeluang mendekati pelajar secara lebih langsung, sekali gus menyokong usaha KISAS dalam melahirkan pelajar berdaya saing dan bersedia menghadapi alam pengajian tinggi.

 

Disediakan oleh,

Tuan Muhammad Syafiq Tuan Hassan

Pegawai Eksekutif 3, ASPutra

Tarikh Input: 02/10/2025 | Kemaskini: 02/10/2025 | hasniah

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT ASASI SAINS UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397696998
tiada
W, (05:11:28am-05:16:28am, 18 May 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]