ASPutra Tarik Perhatian Di Malaysia Education Fair 2025 | PUSAT ASASI SAINS UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
» BERITA » ASPutra Tarik Perhatian di Malaysia Education Fair 2025

ASPutra Tarik Perhatian di Malaysia Education Fair 2025

Pulau Pinang, 2-3 Ogos 2025 – Pusat Asasi Sains Universiti Putra Malaysia (ASPutra) mencuri tumpuan pengunjung dalam Malaysia Education Fair 2025 yang berlangsung di Setia SPICE Convention Centre, Bayan Lepas, Pulau Pinang.

Pameran pendidikan yang diadakan selama dua hari dari 10 pagi hingga 7 petang itu menyaksikan lebih 40 Institusi Pengajian Tinggi (IPT) terlibat termasuk Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Malaya (UM), Management & Science University (MSU), SEGi University, Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR), Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) dan lain-lain.

Reruai ASPutra mendapat sambutan menggalakkan daripada pelbagai lapisan masyarakat, tanpa mengira kaum dan usia. Ramai pengunjung menunjukkan minat terhadap Program Asasi Sains Pertanian, peluang menyambung pengajian ke peringkat Bacelor di UPM serta program Master dan Doktor Falsafah (PhD).

Empat pegawai promosi yang terlibat dalam menjayakan penyertaan ini ialah Encik Tuan Muhammad Syafiq Tuan Hassan, Encik Mohd. Fadzil Suhaimi, Puan Hasniah Hamid dan Cik Aina Suhaiza Mohamad Nazir. Penerangan terperinci tentang struktur program, kelebihan dan keunikan ASPutra, peluang sambungan pengajian serta bentuk sokongan yang ditawarkan kepada pelajar sepanjang tempoh pengajian telah disampaikan oleh pegawai-pegawai promosi yang bertugas.

Penyertaan ini turut berjaya memperkenalkan jenama ASPutra dan memperluas capaian maklumat kepada orang ramai, sekali gus meningkatkan kesedaran tentang peluang pendidikan yang ditawarkan di Universiti Putra Malaysia.

 

 

 

Tarikh Input: 07/08/2025 | Kemaskini: 20/08/2025 | hasniah

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT ASASI SAINS UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397696998
tiada
X, (03:39:43am-03:44:43am, 17 Jul 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]