ASPutra Terima Kunjungan SMK Sungai Abong, Muar | PUSAT ASASI SAINS UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
» BERITA » ASPutra Terima Kunjungan SMK Sungai Abong, Muar

ASPutra Terima Kunjungan SMK Sungai Abong, Muar

ASPutra Terima Kunjungan SMK Sungai Abong, Muar

SERDANG, 11 Jun – Pusat Asasi Sains Universiti Putra Malaysia (ASPutra) telah menerima kunjungan daripada Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sungai Abong, Muar, Johor dalam satu program lawatan akademik yang diadakan di kampus UPM, hari ini.

Program bermula pada pukul 9.15 pagi dengan ucapan aluan oleh Timbalan Pengarah II ASPutra, Dr. Muhammad Alif Mohammad Latif, diikuti sesi taklimat pengenalan ASPutra yang disampaikan oleh Encik Tuan Muhammad Syafiq Tuan Hassan. Taklimat tersebut memberikan gambaran menyeluruh mengenai kehidupan akademik, aktiviti bukan akademik serta kemudahan yang disediakan di ASPutra.

Seramai 80 pelajar Tingkatan Empat dan Tingkatan Lima SMK Sungai Abong turut menyertai sesi pemindahan ilmu yang berlangsung meriah di Makmal Biologi, Kimia dan Fizik. Setiap slot menampilkan aktiviti pembelajaran secara langsung dan berasaskan pengalaman, yang memperkenalkan pelbagai bidang dalam sains kepada para pelajar.

Program diakhiri dengan sesi fotografi dan jamuan ringan sebelum para peserta berangkat pulang ke Johor pada jam 1.00 petang. Para pelajar memberikan maklum balas positif terhadap program ini, menyatakan bahawa pendekatan pembelajaran interaktif dan kolaboratif memberikan pengalaman bermakna serta meningkatkan minat terhadap bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM).

Lawatan ini juga berjaya menimbulkan minat pelajar untuk menjadikan ASPutra sebagai pilihan utama bagi melanjutkan pengajian ke peringkat seterusnya.

 

Prepared by,

Disediakan oleh,

Tuan Muhammad Syafiq Tuan Hassan

Pegawai Eksekutif 3, ASPutra

 

 

 

 

 

Tarikh Input: 14/10/2025 | Kemaskini: 25/11/2025 | hasniah

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT ASASI SAINS UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397696998
tiada
W, (11:50:28pm-11:55:28pm, 18 May 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]