BENGKEL ASAS PENGAWETAN SERANGGA | PUSAT ASASI SAINS UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
» BERITA » BENGKEL ASAS PENGAWETAN SERANGGA

BENGKEL ASAS PENGAWETAN SERANGGA

Jumaat, 23 November 2018, telah berlangsung Bengkel Asas Pengawetan Serangga bertempat di Makmal Biologi Pusat Asasi Sains Pertanian UPM bermula jam 8.30pg hingga 12.30tgh.

Bengkel anjuran Bidang Biologi PASP ini telah dihadiri oleh 20 orang peserta yang terdiri dari kalangan pensyarah, guru, pegawai eksekutif dan juga penolong pegawai sains PASP. 

Selain untuk mengganti spesimen sedia ada di Makmal Biologi bengkel ini juga telah berjaya memberi nilai tambah baru serta meningkatkan kemahiran staf bidang berkenaan. Pendedahan kali ini meliputi kaedah penangkapan, pengawetan dan penyimpanan yang betul.

Para peserta juga beruntung kerana penceramah yang mengendalikan sesi pada kali ini sangat berpengalaman dan tidak lokek berkongsi segala kemahiran beliau kepada peserta.

 

Tarikh Input: 23/11/2018 | Kemaskini: 20/11/2019 | hasniah

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT ASASI SAINS UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397696998
tiada
SXEUQAj~