Bengkel 'Grammar Transformer' | PUSAT ASASI SAINS UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
» BERITA » Bengkel 'Grammar Transformer'

Bengkel 'Grammar Transformer'

7 Oktober, 2019, Isnin – Tatabahasa merupakan halangan utama bagi para pelajar dalam penguasaan Bahasa Inggeris. Kosa kata yang tinggi dan peribahasa yang dihafal oleh pelajar untuk menghasilkan penulisan yang bagus akan lebih mantap sekiranya digandingkan dengan penguasaan tatabahasa. Oleh sebab itu, bengkel ‘Grammar Transformer’ telah dianjurkan. Matlamat utama bengkel tersebut adalah untuk mengubah perspektif pelajar terhadap tatabahasa yang dilihat sebagai rumit. Bengkel ini juga merupakan salah satu inisiatif daripada unit Bahasa Inggeris bagi memberi peluang kepada pelajar untuk mendalami dan mengukuhkan kefahaman tatabahasa. Bengkel ini telah dijalankan sepanjang ‘floating week’, iaitu pada minggu ke-15.

 

Pelajar mengimbas kembali penggunaan tatabahasa, membuat latih tubi, dan juga aktiviti-aktiviti amali bagi memaksimumkan pemahaman pelajar. Pelajar telah menunjukkan perubahan yang memberangsangkan dalam kemahiran tatabahasa. Justeru itu, unit Bahasa Inggeris telah membuat keputusan untuk meneruskan bengkel ‘Grammar Transformer’ sepanjang minggu ke-17 dengan harapan pelajar dapat memanfaatkan ilmu tersebut untuk membantu mereka dalam peperiksaan  MUET yang akan berlangsung serentak di seluruh Malaysia tidak lama lagi.

Tarikh Input: 15/10/2019 | Kemaskini: 15/10/2019 | hasniah

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT ASASI SAINS UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397696998
tiada
SXEaUA3~