BENGKEL HALA TUJU PUSAT ASASI SAINS PERTANIAN 2022-2025 | PUSAT ASASI SAINS UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
» BERITA » BENGKEL HALA TUJU PUSAT ASASI SAINS PERTANIAN 2022-2025

BENGKEL HALA TUJU PUSAT ASASI SAINS PERTANIAN 2022-2025

Peserta sedang mendengar amanat dan kata aluan Pengarah ASPer

 

Pusat Asasi Sains Pertanian telah mengadakan Bengkel Hala Tuju Pusat Asasi Sains Pertanian (ASPer) pada 10 hingga 11 Mac 2022 bertempat di Hotel Bangi Resort dan dirasmikan oleh Prof. Madya Dr. Marina Mohd. Top @ Mohd. Tah, Pengarah Pusat Asasi Sains Pertanian. Bengkel ini telah disertai oleh 22 staf ASPer yang terdiri daripada staf pengurusan, pegawai akademik, pegawai pengurusan dan profesional (bukan akademik) dan pelaksana.

Peserta kumpulan ketiga membincangkan tentang halatuju sumber manusia dan frasarana ASPer

Objektif utama bengkel ini adalah untuk merancang hala tuju dan pelan strategik ASPer bagi tahun 2022 sehingga 2025 selaras dengan Pelan Strategik UPM 2021-2025 dan Naratif Naib Canselor UPM. Ia juga memberi peluang kepada peserta untuk melibatkan diri dari peringkat awal perancangan pelan strategik dan hala tuju ASPer terutama dalam memberi idea, pendangan dan cadangan Bersama. Disamping itu, ia dapat meningkatkan motivasi diri dan mewujudkan interaksi positif dalam kalangan staf bagi membentuk semangat kerja satu pasukan. Hasilnya, perkhidmatan ASPer akan lebih efektif, efisien dan berdaya saing serta mampu untuk merealisasikan visi, misi dan matlamat yang disasarkan oleh UPM.

Peserta bersama Pengarah ASPer pada hari pertama Bengkel Halatuju 2022-2025

 

Aktiviti selingan semasa bengkel berlangsung juga telah dibuat bagi menceriakan lagi suasana bengkel. Ice breaking bertemakan komunikasi dalaman telah mewujudkan rasa relaks, santai dan lebih mesra dalam kalangan ahli kumpulan dan juga permainan menguji konsentrasi peserta telah memeriahkan lagi bengkel ini.

Kumpulan Kedua dengan perancangan Halatuju Hal Ehwal Pelajar dan JINM

 

 

Kumpulan 1 dengan Halatuju Akademik dan Penyelidikan 

Diharapkan dengan adanya bengkel seperti ini dapat memberikan satu nilai tambah kepada staf untuk melaksanakan tugas-tugas yang diberikan dengan lebih cemerlang dan efisen kepada ASPer dan juga kepada Universiti secara amnya.

Tarikh Input: 17/03/2022 | Kemaskini: 26/08/2022 | hasniah

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT ASASI SAINS UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397696998
tiada
SXEdFAA~