BENGKEL TAKSIDERMI HAIWAN OLEH STAF UNIT BIOLOGI DI USM, PENANG. | PUSAT ASASI SAINS UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
» BERITA » BENGKEL TAKSIDERMI HAIWAN OLEH STAF UNIT BIOLOGI DI USM, PENANG.

BENGKEL TAKSIDERMI HAIWAN OLEH STAF UNIT BIOLOGI DI USM, PENANG.

11 Julai 2024 – Unit Biologi, Pusat Asasi Sains Universiti Putra Malaysia (ASPutra) telah diwakili oleh Cik Erra Noorfazira Bandong dan Puan Shariena @ Amirah Razali untuk menyertai Bengkel Penyediaan Taksidermi Haiwan Anjuran Pusat Pengajian Sains Kajihayat, Universiti Sains Malaysia (USM). Bengkel yang mengambil masa 2 hari ini dijalankan di Makmal Zoologi, Pusat Pengajian Sains Kajihayat, USM dan telah dikendalikan oleh dua orang pakar taksidermi dari Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Bengkel ini merupakan sebuah bengkel yang jarang kali dijalankan dan telah mengumpulkan peserta dari pelbagai latar belakang yang terdiri daripada wakil institusi pengajian tinggi yang lain seperti Universiti Malaya (UM) dan Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) serta institusi lain seperti FELDA.

Gambar 1: Peserta Bengkel Persedian Taksidermi dan Herbarium bersama Dekan Pusat Pengajian Sains Kajihayat USM, Profesor Dato’ Dr. Amirul Al-Ashraf Abdullah (Pertama dari kanan)

Taksidermi haiwan adalah salah satu proses pengawetan dan melibatkan penyediaan, pengisian, dan pemasangan kulit haiwan untuk tujuan pameran atau kajian. Bengkel ini telah menggunakan burung spesies Javan myna ataupun lebih dikenali sebagai Burung Tiong Jawa sebagai sampel. Pada hari pertama, peserta telah belajar proses skinning iaitu proses pemisahan kulit dan otot serta proses fleshing dimana semua otot dibersihkan dari tulang dan kulit untuk mengelakkan sampel mudah rosak. Pada hari kedua, peserta telah membuat badan tiruan yang diperbuat dari sabut kelapa dan dawai besi dan melakukan proses mounting iaitu proses memasukkan badan tiruan dan besi kedalam rongga badan, menjahit kulit sampel dan melekap sampel pada papan untuk dipamerkan.

Gambar 2: Menjalankan proses skinning

 

Gambar 3: Menjalankan proses mounting

Gambar 4: Wakil ASPutra bersama sampel taksidermi yang dihasilkan semasa bengkel.

Gambar 5: Sampel taksidermi burung yang dihasilkan oleh wakil ASPutra.

 

Selari dengan dua asas di dalam kerangka hala tuju strategik UPM iaitu bakat kompeten yang memudahcara dan kelestarian sumber, penyertaan staf ASPutra di dalam bengkel ini diharapkan dapat melahirkan staf yang berbakat dan kompeten dalam penghasilan sampel-sampel biologi yang akan digunakan dalam Pengajaran dan Pembelajaran di UPM dan ilmu yang didapati melalui bengkel dapat disampaikan kepada staf lain.

 

Tarikh Input: 13/08/2024 | Kemaskini: 13/08/2024 | hasniah

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT ASASI SAINS UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397696998
tiada
S.2025/3/17:1:58:27~noCache