BERITA PERTANDINGAN BUSANA KEMERDEKAAN ASPutra 2024 | PUSAT ASASI SAINS UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
» BERITA » BERITA PERTANDINGAN BUSANA KEMERDEKAAN ASPutra 2024

BERITA PERTANDINGAN BUSANA KEMERDEKAAN ASPutra 2024

UPM, Serdang, 26 Ogos 2024 (Isnin) bertempat di dataran ASPutra telah berlangsung pertandingan busana kemerdekaan dengan tema: baju kebangsaan atau warna Jalur Gemilang. Pertandingan ini terbuka kepada semua pelajar ASPer Sesi 2024/2025 dan staf ASPutra.

Pertandingan ini telah mendapat sambutan menggalakan daripada seluruh warga ASPutra iaitu daripada kalangan pelajar dan juga staf. Pertandingan dibahagikan kepada dua kategori yang berbeza iaitu kategori pelajar yang telah disertai oleh seramai 19 orang pelajar, manakala kategori staf di sertai oleh 26 orang staf ASPutra.

Setiap peserta mengenakan busana dari pelbagai kaum dan juga etnik yang terdapat di Malaysia. Antara busana yang di tampilkan oleh para peserta pada hari kejadian adalah busana pahlawan/pendekar melayu, busana samfu, busana sinipak (pakaian suku kaum dusun tindal kota belud), busana jippa, busana kebaya nyonya, busana anggun warisan perak (pakaian puteri perak), busana saree, busana etnik kaum dusun bundu ranau (lapoi), busana cheongsam, busana hanfu, busana etnik kaum kadazan penampang (sinuangga), busana etnik kaum iban (ngepan iban), busana etnik kaum melanau (melanau serbeng) dan busana kurta.

Majlis dimeriahkan lagi dengan persembahan ‘cat walk’ oleh setiap peserta bagi memikat hati juri dan penonton. Pertandingan ini telah memberi serba sedikit pengetahuan tentang keunikan dan kepelbagaian kaum yang terdapat di Malaysia. Walau apa pun pakaian dan rupa, rakyat Malaysia tetap saling menghormati dan bersifat terbuka menerima perbezaannya. 

Gambar 1: Barisan pengurusan ASPutra bersama staf-staf ASPutra

Gambar 2: Pengacara majlis pertandingan busana kemerdekaan

 

Gambar 3: Penampilan khas peserta cilik pertandingan busana kemerdekaan

 

 

 

 

Laporan berita di sediakan oleh,

Pn. Noor Hidayu bt Aris

Tarikh Input: 24/09/2024 | Kemaskini: 24/09/2024 | hasniah

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT ASASI SAINS UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397696998
tiada
S.2025/3/17:1:44:54~noCache