Derma Darah ASPer 2 2022 | PUSAT ASASI SAINS UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
» BERITA » Derma Darah ASPer 2 2022

Derma Darah ASPer 2 2022

Program Derma Darah ASPer UPM Edisi 2 2022 Bersama Pusat Darah Negara Pada 5 Mac 2022 yang lepas, Pusat Asasi Sains Pertanian dengan kerjasama HiComs ASPer 17 telah menganjurkan Program Derma Darah ASPer UPM Edisi 2 2022 Bersama Pusat Darah Negara yang bertempat di Dewan Putra 1, Kolej Tiga Belas.

Program ini dianggotai oleh 10 orang sukarelawan yang terdiri daripada pelajar ASPer 17 dan diketuai oleh En. Mohd Fadzil bin Suhaimi dan dipantau bersama oleh Pn. Hasniah Hamid untuk memastikan program dapat berjalan dengan lancar. Pada hari program derma darah, pasukan sukarelawan telah tiba di Dewan Putra 1 pada sekitar jam 8.30 pagi dan mula menyusun kerusi dan meja mengikut pelan yang telah ditetapkan. Pada pukul 9.30 pagi, pasukan daripada Pusat Darah Negara telah tiba dan mula menyusun dan memasang peralatan mereka di setiap stesen. Pada masa itu, terdapat beberapa orang pelajar mula tiba di Dewan Putra 1 dan telah dikehendaki untuk menunggu di luar sementara menunggu persiapan oleh pasukan dari Pusat Darah Negara. Pada sekitar pukul 10 pagi, penderma telah mula membuat pendaftaran dengan mengisi borang untuk menderma darah. Para penderma adalah terdiri daripada pelajar ASPer 17, pelajar bacelor, kakitangan UPM serta lain-lain seperti penduduk di kawasan sekitar UPM Serdang. Keseluruhan program berjalan dengan lancar dari bermulanya proses pendaftaran sehingga selesainya penderma menderma darah. Pada hari tersebut, jumlah penderma wanita adalah lebih daripada penderma lelaki dan lebih daripada 130 pek darah telah berjaya didermakan oleh para penderma. Pada 3.45 petang, pendaftaran untuk penderma telah ditutup dan pasukan sukarelawan ASPer 17 telah mula mengemas dan menyimpan semula kerusi dan meja kepada tempat asal. Pada pukul 4 petang, pasukan dari Pusat Darah Negara telah mula mengemaskan peralatan dan katil mereka ke dalam ambulans dan program derma darah ini telah selesai pada 4.30 petang. Syukur kepada Tuhan kerana memberikan peluang kepada insan-insan terpilih dari Pusat Asasi Sains Pertanian kerana sanggup menyertai pasukan sukarelawan pada hari tersebut. Program Derma Darah ASPer UPM Edisi 2 2022 Bersama Pusat Darah Negara telah mendapat sambutan yang amat mengalakkan daripada kalangan pelajar serta kakitangan UPM. Syukur kepada Tuhan atas sikap prihatin pelajar ASPer 17 dan penderma darah yang lain kerana sanggup menderma darah mereka demi menyelamatkan nyawa orang lain dan penghargaan juga diberikan kepada pasukan dari Pusat Darah Negara dalam membantu menjayakanprogram derma darah pada hari tersebut.

Disediakan oleh; Lee Li Ting

                         9 Mac 2022

Tarikh Input: 10/03/2022 | Kemaskini: 25/03/2022 | hasniah

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT ASASI SAINS UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397696998
tiada
SXEdGAT~