31 Julai 2024, Rabu bertempat di SAM Hulu Langat telah berlangsung Karvival Pendidikan dan kerjaya semena hari terbuka sekolah berkenaan. ASPutra juga telah turut serta membuka booth pendidikan bagi mempromosi Program Asasi Sains Pertanian dan program-program pengajian peringkat ijazah yang ditawarkan oleh UPM.
Seramai empat orang kakitangan ASPutra yang terdiri daripada 2 orang pensyarah serta 2 orang pelaksana telah menyertai program ini. Booth ASPutra telah berjaya mencapai objektif utama untuk memberi pendedahan tentang program ASPer yang ditawarkan kepada pelajar lepasan SPM tshun semasa.
Booth ASPutra juga telah menerima kunjungan daripada para pelajar, ibu bapa , guru , pengetua , pengerusi PIBG serta pelajar antarabangsa. Rata-rata pengunjung yang hadir telah diberi penerangan yang jelas agar mereka lebih faham dan akan memilih ASPer sebagai program pengajian selepas SPM nanti.
Sesi penerangan di booth pameran ASPutra.
Tarikh Input: 16/08/2024 | Kemaskini: 16/08/2024 | hasniah
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor
Hotline : 011-39659550