Karnival Pendidikan SAM Hulu Langat | PUSAT ASASI SAINS UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
» BERITA » Karnival Pendidikan SAM Hulu Langat

Karnival Pendidikan SAM Hulu Langat

16 April 2019, ASPer berkunjung pula ke SAM 10 Hulu Langat bagi mendekati para pelajar dalam program STEM(Matematik) dan memberi pendedahan tentang program pengajian yang ditawarkan oleh UPM.

Adik-adik pelajar di SAM 10 telah diberi peluang untuk membuat aktiviti math challenge dan soduku yang diketuai oleh Dr. Mohammad Hassan Abdul Sathar. Operasi algebra menggunakan teknik mainan mudah membuatkan para pelajar tidak takut untuk mencuba dan paling utama tidak takut dengan matematik.

Perasaan takut akan datang bila kita tidak yakin yang berpunca daripada tidak faham. Objektif untuk hilangkan rasa takut pada subjek matematik cuba dibawa bersama pada kali ini dan diharap dapat sedikit sebanyak memupuk rasa seronok belajar matematik. 

Tarikh Input: 18/04/2019 | Kemaskini: 29/04/2019 | hasniah

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT ASASI SAINS UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397696998
tiada
SXEUMAd~