Kem Syoknya Agro Siri 1 Dan 2, 2018 | PUSAT ASASI SAINS UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
» BERITA » Kem Syoknya Agro Siri 1 dan 2, 2018

Kem Syoknya Agro Siri 1 dan 2, 2018

Selesai sudah dua siri Kem Syoknya Agro pada 4, 5, 11 dan 12 Ogos. Seramai hampir seribu orang pelajar telah menghadiri program ini. Kelainan pada kali ini kem berlangsung serentak untuk 500 orang pelajar melibatkan 2 lokasi iaitu Kem Nur Laman Bestari dan Melaka Tropical Fruit Farm.

Pelbagai ragam cerita dan memori indah yang dilakarkan melalui aktiviti yang telah dijalankan. Objektif utama pelaksanaan iaitu untuk memupuk kerjasama dan meningkatkan motivasi diri setiap pelajar agar terus berusaha dan maju jaya dalam pengajian. Dalam aktiviti ini pelajar diterapkan dengan pelbagai aspek kemahiran insaniah yang merangkumi kepimpinan, kemahiran berkomunikasi, pemikiran kreatif dan banyak lagi. Disini pelajar akan banyak menyertai aktiviti berkumpulan. Mereka akan terlibat dengan perbincangan, pembentangan dan persembahan yang akan memberi nilai tambah selain pembelajaran secara rasmi di bilik kuliah.

Tarikh Input: 14/08/2018 | Kemaskini: 18/11/2019 | hasniah

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT ASASI SAINS UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397696998
tiada
SXEaWAW~