Kemunculan Sulung Program Minggu Bahasa Inggeris Di ASPer | PUSAT ASASI SAINS UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
» BERITA » Kemunculan Sulung Program Minggu Bahasa Inggeris di ASPer

Kemunculan Sulung Program Minggu Bahasa Inggeris di ASPer

27 Mac 2019 – Buat pertama kalinya berlangsung Program Minggu Bahasa Inggeris di Pusat Asasi Sains Pertanian (ASPer) minggu ini di mana para pelajar serta staf ASPer berpeluang untuk mengasah kemahiran berbahasa Inggeris di luar kelas selama empat hari dari 25 Mac hingga 28 Mac, 2019.

Bertemakan Whimsical Wonderland, program debut ini menyediakan pelbagai aktiviti menarik bagi memudahkan penggunaan Bahasa Inggeris, seperti pertandingan menulis puisi, pertandingan menulis dialog komik, dan juga Speaker’s Corner.  Disamping itu, para pelajar juga berpeluang mengirim hadiah dan kad bertulis mesej peribadi kepada rakan-rakan dan staf pilihan mereka pada Hari Dedikasi Minggu Bahasa Inggeris.

Program ini yang telah dianjurkan oleh Unit Bahasa Inggeris ASPer dan melibatkan hampir 950 pelajar bertujuan untuk meningkatkan minat para pelajar terhadap pembelajaran Bahasa Inggeris, melalui aktiviti-aktiviti yang meriah dan menyeronokkan di samping menyediakan platform untuk pelajar berlatih menggunakan Bahasa Inggeris dengan gaya yang kasual tanpa stres atau tekanan.

Minggu Bahasa Inggeris ASPer 2019 adalah program pertama seumpamanya di pusat ini dan para pelajar tentunya boleh menantikan kemunculannya lagi pada tahun hadapan.

Tarikh Input: 27/03/2019 | Kemaskini: 27/03/2019 | hasniah

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT ASASI SAINS UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397696998
tiada
SXEXSAl~