30 Julai 2026 | Pusat Asasi Sains (ASPUTRA), Universiti Putra Malaysia
Pusat Asasi Sains (ASPUTRA), Universiti Putra Malaysia berbesar hati menerima kunjungan delegasi Teacherpreneur Nusantara dalam satu sesi lawatan akademik yang penuh bermakna. Kehadiran delegasi telah disambut mesra dan dirasmikan oleh Timbalan Pengarah I (Akademik dan Penyelidikan), Prof. Madya Dr. Noor Azmi Shaharuddin.
![]() |
![]() |
Lawatan ini bertujuan untuk berkongsi amalan terbaik dalam bidang pendidikan, memperkukuhkan jaringan profesional, serta meneroka peluang kerjasama strategik antara pendidik dalam usaha memperkasakan ekosistem pembelajaran yang lebih inovatif, inklusif dan berimpak tinggi.
Sepanjang sesi lawatan, para peserta telah didedahkan kepada pelbagai inisiatif dan pendekatan pengajaran yang dilaksanakan di ASPUTRA. Di samping itu, sesi perkongsian ilmu dan pertukaran pandangan turut memberi ruang untuk membincangkan aspek pembangunan modal insan, kepimpinan pendidikan, serta pemerkasaan budaya penyelidikan dan inovasi dalam kalangan pendidik.
ASPUTRA merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada seluruh delegasi Teacherpreneur Nusantara atas kesudian meluangkan masa berkunjung dan berkongsi pengalaman bersama warga ASPUTRA. Semoga jalinan silaturahim serta kolaborasi yang terjalin ini menjadi pemangkin kepada lebih banyak kerjasama strategik pada masa hadapan demi melahirkan pendidik yang berdaya saing, progresif dan berwawasan.
Tarikh Input: 03/08/2026 | Kemaskini: 04/08/2026 | hasniah

Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor