Kunjungan Kasih Ke Rumah Anak Yatim Nurul Hasanah | PUSAT ASASI SAINS UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
» BERITA » Kunjungan Kasih Ke rumah Anak Yatim Nurul Hasanah

Kunjungan Kasih Ke rumah Anak Yatim Nurul Hasanah

Pelajar Beramah Mesra dengan Anak Yatim

Kunjugan Kasih

Kunjungan ini antara lain untuk menjalankan kerja gotong-royong di rumah yang menempatkan anak-anak yatim tersebut. Sukarelawan juga dibahagikan kepada beberapa kumpulan kecil iaitu kumpulan mengemas, membersih dan permainan.

Semua anak-anak dikeluarkan dari rumah dan dilayan dengan aktiviti sukaneka sehingga kerja mengemas dan membersih kawasan selesai. Diakhir sesi kami mendapat sumbangan makan tengahari dan bolehlah semua sukarelawan dan anak-anak menikmati hidangan dengan meriah. Terima kasih kepada penyumbang makanan, semoga anda dimurahkan rezeki oleh Allah.

Aktiviti CSR seperti ini dengan melibatkan staf dan pelajar sememangya perlu dilaksanakan setiap tahun. Dengan penglibatan dalam aktiviti seperti ini kita akan lebih menghargai apa yang kita miliki. Banyak muhasabah diri dan lebih menghargai peluang yang ada.

 

 

Tarikh Input: | Kemaskini: 14/11/2019 | hasniah

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT ASASI SAINS UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397696998
tiada
SXDdKAJ~