KUNJUNGAN LAWATAN JAWATANKUASA EKSA FPSK KE ASPUTRA | PUSAT ASASI SAINS UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
» BERITA » KUNJUNGAN LAWATAN JAWATANKUASA EKSA FPSK KE ASPUTRA

KUNJUNGAN LAWATAN JAWATANKUASA EKSA FPSK KE ASPUTRA

SERDANG, 21 Februari 2025 – Seramai 12 orang wakil dari Jawatankuasa Kondusif Sektor Awam (EKSA), Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan (FPSK) telah mengadakan kunjungan lawatan ke Pusat Asasi Sains Universiti Putra Malaysia (ASPutra) bagi mempelajari dan berkongsi maklumat berkenaan pelaksanaan EKSA di tempat kerja khususnya di Makmal Pengajaran ASPutra.

Kunjungan lawatan ini dimulakan dengan Mesyuarat Pembukaan yang dipengerusikan oleh Tuan Hj. Mat Razi Abdullah, sesi suai kenal dan seterusnya lawatan ke Zon EKSA terpilih iaitu Zon Pejabat Am dan Zon EKSA Makmal. Pelawat dibawa dan ditunjukkan sudut bacaan dan beberapa projek inovasi DIY menggunakan bahan-bahan terpakai dan seterusnya lawatan ke Makmal Biologi, Mini Galeri Biologi, Makmal Kimia dan Makmal Fizik. Lawatan dari FPSK ini diketuai oleh Cik Nurul Iman binti Mohd Zulkarnain selaku Penyelaras EKSA FPSK.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Tarikh Input: 04/03/2025 | Kemaskini: 04/03/2025 | hasniah

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT ASASI SAINS UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397696998
tiada
S.2025/3/17:1:44:49~noCache