LAPORAN BERITA PROGRAM JERAYAWARA PELAJAR ASPutra KE FAKULTI PENGAJIAN PENDIDIKAN 2025 | PUSAT ASASI SAINS UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
» BERITA » LAPORAN BERITA PROGRAM JERAYAWARA PELAJAR ASPutra KE FAKULTI PENGAJIAN PENDIDIKAN 2025

LAPORAN BERITA PROGRAM JERAYAWARA PELAJAR ASPutra KE FAKULTI PENGAJIAN PENDIDIKAN 2025

Jumaat, 24 Januari 2025 – Seramai 20 orang pelajar ASPer20 telah mengikuti program jerayawara (roadshow) ke fakulti pengajian pendidikan, UPM. Objektif program ini adalah untuk memberi pendedahan awal kepada pelajar ASPer bagi menilai dan mendapatkan informasi awal berkaitan program yang akan dipilih oleh mereka di peringkat bacelor kelak. Melalui program ini, pelajar akan memperoleh gambaran yang lebih jelas mengenai laluan akademik yang sesuai dengan minat dan cita-cita mereka, di samping meningkatkan motivasi melalui sesi ceramah dan taklimat daripada fakulti.

Majlis di mulakan dengan ucapan pembukaan oleh Timbalan Dekan (Akademik, Pelajar dan Alumni) Fakulti Pengajian Pendidikan, FPP UPM iaitu Dr. Nor Azni Abdul Aziz. Beliau berkongsi serba sedikit mengenai latar belakang FPP, program pengajian prasiswazah yang di tawarkan (Bacelor Pendidikan Sains Pertanian, Bacelor Pendidikan Sains Rumah Tangga, Bacelor Pendidikan dalam Pendidikan Jasmani, Bacelor Pendidikan Pengajaran Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua, Bacelor Pendidikan Bahasa Melayu, Bacelor Pendidikan Bimbingan dan Kaunseling, Bacelor Sains Pembangunan Sumber Manusia, dan Bacelor Kaunseling) dan menggambarkan aktiviti yang di lakukan oleh pelajar FPP sepanjang pengajian mereka di sini (program mobiliti dan latihan ikhtisas).

Gambar 1: Sesi pengenalan FPP kepada pelajar ASPer 20

Seterusnya, program di teruskan lagi dengan sesi bersama penyelaras bagi setiap kursus yang terdapat di FPP. Antaranya ialah, bidang sains pertanian, pendidikan jasmani, pendidikan pengajaran bahasa inggeris sebagai bahasa kedua, pendidikan bimbingan dan kaunseling, sains pembangunan sumber manusia, dan kaunseling. Setiap pelajar akan di kelompokkan dalam satu kumpulan bersama penyelaras kursus masing-masing dan turut di bantu oleh beberapa orang pelajar dari FPP yang juga merupakan alumni ASPutra. Setiap kursus tersebut adalah pilihan utama pelajar sendiri.

Gambar 2: Sesi penerangan dan perkongsian kursus bersama penyelaras dan alumni ASPutra

Gambar 3: Penyelaras dari FPP (barisan hadapan dari kiri: Pn. Nadiah Kamaruddin (penyelaras program jerayawara fakulti), Dr. Nurul Afiqah Zulkifly, Dr. Siti Nadhirah Abd Rahman, Ts. Dr. Mohd Hazwan Mohd Puad

Selesai sesi perkongsian, pelajar ASPer 20 di bawa melawat ke kawasan sekitar FPP sebelum bersurai.

Gambar 4: Lawatan sekitar kawasan FPP, UPM

Akhir kata, semoga program jerayawara ini dapat memberi impak kepada pelajar ASPer 20 dari segi pilihan program ijazah dan peluang kerjaya yang relevan dengan minat mereka. Selain itu, dapat meningkatkan motivasi pelajar untuk mencapai kecemerlangan akademik dalam bidang yang dipilih dan meningkatkan tahap kesediaan mereka untuk menghadapi pengajian di peringkat ijazah. Selamat maju jaya!

Laporan berita di sediakan oleh, Pn. Noor Hidayu bt Aris Penyelaras (ASPutra ke FPP),

Program Jerayawara ASPutra 2025.

Tarikh Input: 25/02/2025 | Kemaskini: 25/02/2025 | hasniah

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT ASASI SAINS UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397696998
tiada
S.2025/3/17:2:13:08~noCache