Lawatan Akademik Dan Kerjaya PASCA PT3 | PUSAT ASASI SAINS UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
» BERITA » Lawatan Akademik dan Kerjaya PASCA PT3

Lawatan Akademik dan Kerjaya PASCA PT3

15 November 2017, Pusat Asasi Sains Pertanian telah menerima lawatan dari SMK Tun Sr. Ismail (STUDI), Muar pada jam 10.30 pagi. Seramai 80 orang pelajar beserta 8 orang guru telah turut serta dalam sesi lawatan ini.

Sesi pengenalan dimulakan oleh Pn. Rafidah Sadaruddin dari BKUPM. Melalui sesi ini pelajar dibawa mengenali diri dan membuka minda tentang usaha, kejayaan dan banyak lagi. Pelajar kelihatan sangat gembira dan bersemangat untuk aktiviti seterusnya.

Taklimat program berlangsung sejurus selesai sesi pengenalan diri dengan memberi penekanan tentang hala tuju pelajar PASCA PT3. Selain akademik pelajar juga didedahkan dengan revolusi industri dan Industri 4.0 yang diwar-warkan oleh media pada masa ini.

Diakhir program pelajar telah dibawa untuk menyaksikan pameran serta amali ringkas di makmal fizik, kimia dan biologi.

Tarikh Input: 16/11/2017 | Kemaskini: 18/11/2019 | hasniah

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT ASASI SAINS UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397696998
tiada
SXEUBAJ~