Lawatan Saintifik Ke MIMOS Berhad | PUSAT ASASI SAINS UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
» BERITA » Lawatan Saintifik ke MIMOS Berhad

Lawatan Saintifik ke MIMOS Berhad

Khamis 5 Oktober 2017, telah berlangsung program Lawatan Saintifik ASPer ke MIMOS Berhad. Ia merupakan hasil jaringan industri antara Unit Fizik, Pusat Asasi Sains Pertanian UPM dengan pihak industri iaitu Photonics R&D Lab, MIMOS Berhad. 

Foto oleh : Dr. Ezad

Objektif bagi lawatan ini adalah untuk memberikan pendedahan industri kepada peserta yang terdiri dari kalangan pensyarah, staf akademik, staf sokongan dan pelajar Pusat Asasi Sains Pertanian. Seramai 43 orang peserta telah terlibat telah didedahkan dengan operasi, fasiliti makmal dan aktiviti penyelidikan yang dijalankan oleh MIMOS Berhad.

Selain itu, peserta telah diberikan latihan berkenaan Photonics Sensor yang dikendalikan oleh MIMOS Photonics R&D Laboratory di bawah MIMOS Skill Development Programme.

Foto Oleh: Dr. Ezad

Latihan ini membolehkan pelajar mengaplikasi beberapa teori fizik yang dipelajari dalam subjek fizik semester ini. Selain itu, peserta juga dibawa melawat ke makmal photonics dan fasiliti pembuatan IC Wafer Fab. Program ini telah dirasmikan oleh Pengarah Operasi MIMOS Semiconductor, Puan Nasimah Saadin dan di bawah seliaan Puan Zalhan Md Yusof, Ketua Jabatan MIMOS Photonis R&D Laboratory.

Foto oleh : Dr. Ezad

Tarikh Input: 09/10/2017 | Kemaskini: 18/11/2019 | hasniah

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT ASASI SAINS UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397696998
tiada
SXEUQAq~