LAWATAN SAMBIL BELAJAR SMK SERI INTAN, KLUANG, JOHOR | PUSAT ASASI SAINS UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
» BERITA » LAWATAN SAMBIL BELAJAR SMK SERI INTAN, KLUANG, JOHOR

LAWATAN SAMBIL BELAJAR SMK SERI INTAN, KLUANG, JOHOR

8 Ogos 2024, UPM Serdang, ASPutra telah menerima kunjungan lawatan sambil belajar dari SMK Seri Intan , Kluang, Johor. Seramai 40 orang pelajar tingkatan 5 dan 4 orang guru telah tiba jam 9.30 pagi dan disambut oleh wakil pengurusan dan Jk Promosi ASputra.

Sejurus tiba mereka telah dibawa ke Bilik Seminar ASPutra dan di sajikan dengan sesi taklimat promosi program pengajian dan ASPer khususnya oleh Pn. Nur Syazana Rashid. Dalam taklimat ini pelajar diberi pendedahan tentang program ASPer dan program-program pengajian yang ditawarkan oleh UPM bagi pengajian peringkat ijazah.

Setelah selesai sesi taklimat pelajar telah dihidangkan dengan sedikit minum pagi dan seterusnya di pecahkan kepada 2 kumpulan. Bagi aliran sains tulin mereka di bawa ke Makmal Biologi diikuti Makmal Kimia bagi sesi pemindahan ilmu. Manakala bagi aliran akaun mereka kekal di Bilik Seminar dan meneruskan sesi pemindahan ilmu oleh Unit Matematik.

Setelah selesai semua sesi para pelawat telah meneruskan lawatan mereka ke sekitar UPM sebelum pulang. Diharap dengan pendedahan yang diberikan para pelajar dan guru mendapat Gambaran jelas tentang program ASPer dan program-program peringkat ijazah yang boleh para pelajar ikuti di UPM.

Sesi Taklimat Program Oleh Pn. Nur Syazana Rashid

Sesi penerangan ringkas oleh Timbalan Pengarah II dab Sesi Pemindahan Ilmu oleh Unit Matematik

Sesi Pemindahan Ilmu oleh Bidang Biologi

Sesi Pemindahan Ilmu oleh Unit Kimia

Tarikh Input: 16/08/2024 | Kemaskini: 16/08/2024 | hasniah

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT ASASI SAINS UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397696998
tiada
S.2025/3/17:1:42:33~noCache