MAJLIS ALUAN PENGARAH DAN PENGENALAN ORGANISASI PUSAT ASASI SAINS PERTANIAN | PUSAT ASASI SAINS UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
» BERITA » MAJLIS ALUAN PENGARAH DAN PENGENALAN ORGANISASI PUSAT ASASI SAINS PERTANIAN

MAJLIS ALUAN PENGARAH DAN PENGENALAN ORGANISASI PUSAT ASASI SAINS PERTANIAN

Disediakan oleh:

Dr. Nur Hana Faujan

Pada hari Ahad, 31 Julai 2022, satu majlis aluan pengarah, Pusat Asasi Sains Pertanian, UPM telah diadakan pada jam 8.30 – 10.00 malam di Dewan Putra 2, Kolej Serumpun, sempena Program Minggu Putra Perkasa Asasi Sains Pertanian sesi 2022/2023. Majlis ini diadakan bagi memperkenalkan struktur organisasi Pusat Asasi Sains Pertanian, UPM kepada pelajar-pelajar baharu semester 1 sesi 2022/2023. Majlis pada malam tersebut dimulakan dengan perarakan masuk barisan pengurusan, ahli akademik dan para guru Pusat Asasi Sains Pertanian diikuti oleh nyanyian Lagu Negaraku dan Putra Gemilang. Bacaan doa telah disempurnakan oleh Tuan Haji Mat Razi Bin Abdullah bagi memberkati perjalanan majlis tersebut. Pada majlis tersebut, Pengarah Pusat Asasi Sains Pertanian, Prof. Madya Dr. Marina Binti Mohd. Top @ Mohd. Tah telah memberikan kata-kata aluan serta mempelkenalkan tenaga pengajar yang terdiri daripada ahli akademik dan para guru kepada para pelajar baharu yang hadir. Di samping itu, taklimat Minggu Putra Perkasa telah disampaikan oleh Timbalan Pengarah II, Prof. Madya Dr. Mohamad Amran Bin Mohd Salleh. Sesi soal jawab telah diadakan di akhir program yang dijayakan oleh Timbalan Pengarah I, Prof. Madya Dr. Siti Nurul Ain Binti Md Jamil serta Prof. Madya Dr. Mohamad Amran bagi menjawab segala persoalan yang diajukan oleh para pelajar baharu.

Selamat datang diucapkan kepada semua pelajar baharu Pusat Asasi Sains Pertanian, UPM dan diharapkan agar program ini dapat memberikan maklumat yang berguna kepada para pelajar serta semangat yang tinggi untuk terus menimba ilmu di UPM.

Bacaan doa oleh Tuan Haji Mat Razi Bin Abdullah

Para pelajar mengaminkan bacaan doa oleh Tuan Haji Mat Razi Bin Abdullah

Pengarah Pusat Asasi Sains Pertanian, Prof. Madya Dr. Marina Binti Mohd. Top @ Mohd. Tah telah memberikan kata-kata aluan kepada para pelajar baharu yang hadir

Pengarah Pusat Asasi Sains Pertanian, Prof. Madya Dr. Marina Binti Mohd. Top @ Mohd. Tah telah memberikan kata-kata aluan kepada para pelajar baharu yang hadir

Para pelajar menyanyikan Lagu Negaraku dan Putra Gemilang

Sesi taklimat Minggu Putra Perkasa telah diberikan oleh Timbalan Pengarah II, Prof. Madya Dr. Mohamad Amran Bin Mohd Salleh

Sesi soal jawab oleh Timbalan Pengarah I, Prof. Madya Dr. Siti Nurul Ain Binti Md Jamil

Sesi taklimat Minggu Putra Perkasa telah diberikan oleh Timbalan Pengarah II, Prof. Madya Dr. Mohamad Amran Bin Mohd Salleh

Ahli akademik, para guru dan pelajar baharu semester 1 sesi 2022/2023 Pusat Asasi Sains Pertanian

 

 

Tarikh Input: 11/08/2022 | Kemaskini: 02/09/2022 | hasniah

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT ASASI SAINS UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397696998
tiada
SXEdIAW~