Makmal Maya Untuk Pelajar Pusat Asasi Sains Pertanian. | PUSAT ASASI SAINS UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
» BERITA » Makmal Maya untuk pelajar Pusat Asasi Sains Pertanian.

Makmal Maya untuk pelajar Pusat Asasi Sains Pertanian.

Dr Muhammad Alif Mohammad Latif, Pensyarah Bidang Kimia telah berjaya Membangunkan Makmal Maya untuk pelajar Pusat Asasi Sains Pertanian.

Laman sesawang makmal maya AsperLabs telah berjaya diwujudkan oleh sekumpulan penyelidik yang diketuai oleh Dr Muhammad Alif Mohammad Latif berserta Prof. Dr. Norihan Md. Arifin dan Dr. Marina Mohd Top @ Mohd Tah untuk kegunaan pelajar Pusat Asasi Sains Pertanian (PASP), Universiti Putra Malaysia. Makmal ini dibangunkan berdasarkan topik yang dipelajari di PASP selaras dengan pembangunan teknologi pendidikan yang kian berkembang pada masa kini. Inovasi ini telah berjaya memenangi pingat perak bagi acara Putra Innocreative Poster Competition sempena program Putra InnoCreative Carnival in Teaching and Learning 2019 (PICTL 2019). Pada tahun 2017, laman sesawang ini berjaya meraih tempat ketiga dalam pertandingan Amalan Inovasi Pengajaran dan Pembelajaran Terbaik Fakulti/Pusat. Melalui kaedah ini, pelajar dapat menjalankan aktiviti amali dan melakukan ulangkaji terhadap pelajaran yang dipelajari secara maya menggunakan telefon pintar atau komputer riba tanpa mengira tempat dan masa. Diharapkan agar inovasi pengajaran yang pembelajaran yang dihasilkan dapat meningkatkan minat dan kualiti para pelajar terhadap ilmu sains, matematik dan teknologi yang diperolehi.

Oeh : 

Dr. Nur Hana Faujan

Tarikh Input: 06/11/2019 | Kemaskini: 27/11/2019 | hasniah

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT ASASI SAINS UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397696998
tiada
SXEUCAK~