Online English Festival (OEF) 2021 | PUSAT ASASI SAINS UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
» BERITA » Online English Festival (OEF) 2021

Online English Festival (OEF) 2021

Pandemik COVID-19 yang melanda tidak dinafikan telah mengubah corak pengajaran dan pembelajaran di pelbagai peringkat akademik di seluruh pelosok dunia. Pembelajaran bahasa secara maya dalam tempoh masa yang lama terutamanya boleh memberi tekanan kepada para pelajar sekiranya tidak dimurnikan bersesuaian dengan kaedah pengajaran dan pembelajaran dalam era pandemik. Bagi merangsang pelajar supaya tidak terbeban dengan kekangan perubahan kehidupan norma baharu ini, sebuah program Online English Festival (OEF) 2021 telah dijalankan bagi membantu mereka supaya dapat belajar sambil berhibur dan menikmati keseronokan penguasaan Bahasa Inggeris dengan cara yang lebih kreatif.

Program anjuran Bidang Bahasa Inggeris ini telah berlangsung selama sebulan bermula 15 Mac 2021 sehingga 16 April 2021 berlaraskan objektif 4C iaitu critical thinking, creativity, collaboration, dan communication. Berbeza dengan tahun lepas, program ini telah dilaksanakan secara atas talian buat pertama kalinya melalui platform Zoom di mana para pelajar berentap mewakili kumpulan masing-masing dan secara individu dalam pertandingan Virtual Scavenger Hunt, K.O. Draw, EmojiDle dan DIY Vacation.

 

Berikut merupakan senarai pemenang Online English Festival (OEF) 2021:

 

Virtual Scavenger Hunt

Pertama: Tan Xin-Yi (Kump. 9)

Kedua: Damia Nur Qistina Binti Hassan (Kump. 26)

 

K.O. Draw
Pertama: Muhammad Farhan Bin Abdul Rahman & Anis Syuhada Binti Norizan (Kump. 16)

Kedua: Azzam Luqman Bin Rosdi & Muhammad ‘Afif Bin Abdull Rahim (Kump. 39)

 

EmojiDle

Pertama: Kumpulan 39

  • Muhammad Zaim Mukhsin Bin Ramzani
  • Fatin Farhanah Binti Abdullah
  • Nurhidayah Binti Mohammad Yusri
  • Anis Nadhirah Binti Rozimin

Kedua: Kumpulan 22

  • Nur Jihan Binti Mahzan
  • Shuhada Binti Kherudin
  • Nurqistina Alya Binti Ahmad Zaki
  • Nur Athirah Binti Mohd Yusof

 

DIY Vacation

Pertama: Nur Hana Binti Ahmad Azran (Kump. 13)

Kedua: Nor Syuhada Binti Baharudin (Kump. 37)

Ketiga: Tan Ying Xian (Kump. 40)

 

Bidang Bahasa Inggeris ASPer mengucapkan sekalung tahniah kepada semua pemenang dan ASPer-16 atas kerjasama yang padu dalam menjayakan program ini. Diharapkan agar program ini menjadi kenangan yang indah buat semua dan mampu memberi motivasi kepada para pelajar untuk terus belajar bagi memperbaiki penguasaan Bahasa Inggeris mereka.

Tarikh Input: 09/02/2022 | Kemaskini: 09/02/2022 | hasniah

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT ASASI SAINS UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397696998
tiada
SXEdFA2~