PASUKAN OLAHRAGA UPM RAIH JOHAN DALAM SAM2020, KONTINJEN UPM TEMPAT KEDUA KESELURUHAN | PUSAT ASASI SAINS UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
» BERITA » PASUKAN OLAHRAGA UPM RAIH JOHAN DALAM SAM2020, KONTINJEN UPM TEMPAT KEDUA KESELURUHAN

PASUKAN OLAHRAGA UPM RAIH JOHAN DALAM SAM2020, KONTINJEN UPM TEMPAT KEDUA KESELURUHAN

16-19 Januari 2020| UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK

Sukan Asasi Malaysia (SAM2020) yang bermula pada 16 Januari 2020 telah melabuhkan tirai kejohanan secara rasminya pada 19 Januari 2020 dengan mencatat kejayaan manis buat UPM apabila meraih johan kategori Olahraga menerusi pungutan 5 pingat emas, 5 pingat perak dan1 pingat gangsa. Pungutan 5 pingat emas ini menerusi acara 100m (wanita), 100m (lelaki), 200m (wanita), 4x100m (lelaki) dan 4x100m (wanita).

 

Kejayaan ini sekaligus memberi sumbangan besar kepada pungutan pingat kontinjen UPM sebanyak 17 pingat keseluruhannya dengan kejayaan memungut 6 pingat emas, 8 pingat perak dan 3 pingat gangsa. Berdasarkan jumlah pungutan emas, kontijen UPM berjaya menduduki tempat kedua secara keseluruhannya. Perincian kutipan pingat yang lain, 1 pingat emas dari acara esports (FIFA19), 2 pingat perak dari acara karom (lelaki dan wanita), 1 pingat perak dari acara badminton (beregu wanita), 1 pingat gangsa dari acara badminton (lelaki perseorangan) dan 1 pingat gangsa dari acara esports (FIFA19).

 

Penganjuran Sukan Asasi Malaysia 2020 (dahulunya dikenali sebagai Sukan Inter-Asasi Universiti Awam Peringkat Kebangsaa) merupakan hasil pemuafakatan yang dibentuk oleh Majlis Dekan/Pengarah Asasi Universiti Awam. SAM2020 merupakan penganjuran edisi ketiga sukan asasi yang melibatkan kesemua Pusat Asasi Universiti Awam di Malaysia iaitu ASASI UiTM, ASASIpintar, Asasi UPNM, Asasi UM, Asasi UPM, Asasi Sabah (UMS), Asasi Unisza, Asasi UIAM, Asasi Pengurusan UUM, Asasi UNIMAS, Asasi USIM, Asasi UMT dan Bahagian Matrikulasi. Pemilihan penganjur kejohanan menggunakan sistem penggiliran di antara semua Pusat Asasi UA di Malaysia. Untuk kejohanan Sukan Asasi Malaysia edisi ketiga, penganjur kejohanan merupakan Pusat Pengajian Pra-Universiti, Universiti Malaysia Sarawak dengan kerjasama Pejabat Strategi Korporat dan Komunikasi Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS).

 

Kontinjen UPM terdiri dari 23 atlet yang merupakan pelajar Program Asasi Sains Pertanian sesi 2019/2020 dan telah menyertai 4 dari 7 acara yang dipertandingkan iaitu olahraga, badminton, karom dan esports (FIFA19). Kontinjen telah diketuai oleh Prof. Madya Dr. Norfifah Bachok, Timbalan Pengarah II (Hal-Ehwal Pelajar & JINM) dan turut dibantu oleh Pn. Che Zailawati Abdul Ghani sebagai penyelaras kontinjen. Kejayaan ini merupakan hasil komitmen yang padu dari atlet yang tidak jemu menghadiri sesi latihan yang diaturkan oleh penyelaras kejurulatihan kontinjen Pn. Hasniah Hamid serta komitmen kesemua pengurus pasukan iaitu En. Muhammad Amirul Faez Sulaiman, En. Mohd. Fadzil Suhaimi, En. Adi Fadzli@Izwan Che Rosele dan En. Mohd. Yazid Mukhtar. Terima kasih juga kepada Hj. Amran Zakaria yang sentiasa memberikan

semangat kepada atlet sepanjang kejohanan serta kepada 2 urusetia kontinjen yang membantu iaitu Pn. Shariena@Amierah Razali dan Pn. Hafizah Meor Abdullah.

 

Prof Norihan Md. Arifin, Pengarah Pusat Asasi Sains Pertanian turut sama memberikan sokongan kepada kontinjen sepanjang kejohanan dan beliau turut berasa bangga dengan pencapaian kontinjen UPM dalam SAM2020. Secara tidak langsung, SAM2020 berjaya melahirkan atlet-atlet baru untuk pelapis atlet UPM bagi kejohanan sukan yang lain.

 

Penghargaan turut diberikan kepada pihak Pusat Sukan UPM yang sentiasa membantu dari segi khidmat nasihat dalam pengurusan sukan dan sesi latihan atlet untuk SAM2020 terutama kepada Pengarah Pusat Sukan iaitu Dr. Hanafiah Ayub dan Ketua Seksyen Kecemerlangan Sukan iaitu En. Mohamad Malik Ahmad Tobias.

 

Tahniah kontinjen UPM. Ini hadiah ASPER buat seluruh warga UPM!

 

Tarikh Input: 23/01/2020 | Kemaskini: 08/10/2021 | hasniah

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT ASASI SAINS UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397696998
tiada
SXETXA1~