Pendaftaran Pelajar Baharu, Program Asasi Sains Pertanian (ASPer) Sesi 2022/2023 | PUSAT ASASI SAINS UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
» BERITA » Pendaftaran Pelajar Baharu, Program Asasi Sains Pertanian (ASPer) Sesi 2022/2023

Pendaftaran Pelajar Baharu, Program Asasi Sains Pertanian (ASPer) Sesi 2022/2023

Laporan oleh: Encik Mohd. Amiruddin Bin Ibrahim (Bidang Biologi)

 

Pendaftaran para pelajar baharu Program Asasi Sains Pertanian (ASPer) bagi Sesi 2022/2023 telah berlangsung pada 30 dan 31 Julai 2022 di Kolej 13.

Sesi pendaftaran bermula pada jam 8.00 pagi sehingga 4.30 petang selama dua hari. Pendaftaran ini melibatkan 509 orang pelajar yang tiba dari seluruh Malaysia. Pihak ASPer juga menerima tiga orang pelajar antarabangsa yang berasal dari Jepun, Maldives dan Arab Saudi. Buat pertama kalinya juga, seramai 29 orang pelajar yang dibiayai oleh pihak MARA menerusi Young Talent Development Programme (YTP) telah mendaftar di ASPer untuk menyambung pelajaran di Universiti Putra Malaysia (UPM).

ASPer amat berbesar hati dengan kehadiran YH. Prof. Dato’ Dr. Mohd. Roslan Sulaiman, Naib Canselor UPM diiringi oleh YBhg. Prof. Dr. Ismi Arif Ismail, Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa) yang mengadakan lawatan ke kampus kediaman bagi melihat situasi sesi pendaftaran para pelajar baharu. YH. Prof. Dato’ Dr. Mohd. Roslan Sulaiman dan YBhg. Prof. Dr. Ismi Arif Ismail juga berkesempatan untuk menyantuni dan beramah mesra dengan para pelajar dan keluarga yang hadir pada hari tersebut.

Lawatan ke kolej oleh YH. Prof. Dato’ Dr. Mohd. Roslan Sulaiman dan YBhg. Prof. Dr. Ismi Arif Ismail telah disambut oleh Pengetua Kolej 13, YBhg. Prof. Madya Ir. Dr. Ahmad Shukri Muhammad Noor dan Pengarah Pusat Asasi Sains Pertanian, UPM, YBhg. Prof. Madya Dr. Marina Binti Mohd. Top @ Mohd. Tah bersama barisan pengurusan tertinggi Pusat Asasi Sains Pertanian. Selain itu, lawatan ini turut disertai oleh Tuan Haji Ahmad Fouzi Bin Abdul Tahir dari Seksyen Kemasukan, Bahagian Akademik, UPM.

ASPer amat mengalu-alukan kedatangan pelajar baharu bagi sesi 2022/2023. Semoga langkah para pelajar baharu di sini menjadi batu loncatan mereka untuk menuju kejayaan di Universiti Putra Malaysia. Semoga para pelajar terus gigih berusaha dalam pelajaran dan menjadi graduan yang cemerlang kelak.

Selamat maju jaya diucapkan kepada semua pelajar baharu Sesi 2022/2023, Kohort ASPer 18!

 

Berikut merupakan gambar-gambar semasa sesi pendaftaran berlangsung selama dua hari tersebut: 

Lawatan oleh YH. Prof. Dato’ Dr. Mohd. Roslan Sulaiman (Naib Canselor UPM) dan YBhg. Prof. Dr. Ismi Arif Ismail (Timbalan Naib Canselor – Akademik dan Antarabangsa) ke Kolej 13

 

 

Prof. Madya Dr. Marina Binti Mohd. Top @ Mohd. Tah (Pengarah Pusat Asasi Sains Pertanian) berinteraksi dengan ibu bapa yang hadir

 

Pendaftaran pelajar antarabangsa, Mikiya Kitae dari Jepun

 

Ahli Jawatankuasa Pendaftaran yang menyambut kedatangan para pelajar baharu ASPer Sesi 2022/2023

 

Tarikh Input: 11/08/2022 | Kemaskini: 23/09/2022 | hasniah

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT ASASI SAINS UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397696998
tiada
SXEdKAo~