Pengembangan Bidang Bahasa Inggeris | PUSAT ASASI SAINS UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
» BERITA » Pengembangan Bidang Bahasa Inggeris

Pengembangan Bidang Bahasa Inggeris

SERDANG, Sept 17 – Pusat Asasi Sains Pertanian (ASPer) menyambut kedatangan dua guru bahasa baru ke bidang Bahasa Inggeris. Cik Ardini Zalikha Nordin dan Cik Norfarahani Mohd Lazim akan menyertai lima guru bahasa yang telah sedia ada.

Bidang Bahasa Inggeris ASPer telah ditubuhkan pada Ogos 2018 dengan pelantikan rasmi enam guru bahasa. Bagaimanapun, salah seorang dari guru bahasa ini, Pn. Azean Abu Samah yang juga bekas ketua bidang Bahasa Inggeris, telah menamatkan kontrak beliau pada akhir bulan Ogos 2019. Pelantikan dua guru bahasa baru ini mengembangkan lagi bidang Bahasa Inggeris bagi menampung keperluan pelajar ASPer yang semakin bertambah.

Pn. Azean berkesempatan memberikan amanatnya kepada kedua-dua ahli baru memandangkan mereka juga sempat direkrut oleh Pn. Azean sebelum beliau meninggalkan ASPER.

“Saya berbesar hati kerana dapat membantu Cik Ardini dan Cik Farahani menyesuaikan diri dengan persekitaran dan rutin yang baru. Saya doakan mereka berdua berjaya dan dapat bekerja di ASPer dengan gembira”.

Cik Ardini dan Cik farahani berasal dari negeri Pantai Timur, Malaysia. Kedua- kedua guru Bahasa ini adalah pemegang Ijazah Sarjana Pengajaran Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua (TESL). Bidang kepakaran Cik Ardini adalah Kompetensi Komunikasi dan bagi Cik Farahani pula, Teknologi dalam Pendidikan. Mereka adalah ahli baru yang sangat berharga kepada perkembangan bidang Bahasa Inggeris khususnya dan ASPer, amnya.

Tarikh Input: 11/10/2019 | Kemaskini: 11/10/2019 | hasniah

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT ASASI SAINS UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397696998
tiada
SXDdJAN~