Rabu, 14 Ogos 2024 – Sekolah Menengah Kebangsaan Putrajaya Presint 8(1) atau SMKPP8(1) bersama Persatuan Alumni University Texas (PAUT), dengan kerjasama Pusat Asasi Sains Universiti Putra Malaysia (ASPutra) Universiti Putra Malaysia (UPM), Jabatan Kejuruteraan Kimia dan Alam Sekitar UPM, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan UPM, Politeknik Shah Alam, Politeknik Banting, Kolej Komuniti Banting dan Petra Energy Berhad telah menganjurkan program Amazing STEM @ SMKPP8(1).
Tujuan program ini adalah untuk mengetengahkan tentang Science, Technology, Engineering and Mathematics (STEM) kepada pelajar SMKPP8(1) yang terdiri daripada pelajar Tingakat 1 hingga Tingakatan 5. Pelbagai aktiviti STEM dijalankan pada program kali ini yang disertai oleh lebih kurang 1400 orang pelajar SMKPP8(1). Program ini juga melibatkan sesi kelas intensif Matematik, Cakna Evolusi Sifir (CakES) dan sesi ceramah motivasi daripada ahli PAUT. Program ini telah berjalan dari 8.30 pagi sehingga 2.00 petang di beberapa tempat sekitar SMKPP8(1).
Untuk program ini, pihak ASPutra telah menjalankan tiga aktiviti STEM, setiap satunya dari unit Biologi, Fizik dan Pertanian. Aktiviti interaktif yang telah dijalankan adalah Exploring Fingerprint, Sound Sensor dan ASPutra Agrokit. Di samping itu, ASPutra juga telah membuka booth promosi bagi memberi pelajar pengenalan dan informasi berkenaan ASPutra secara khususnya dan UPM secara amnya.
Secara keseluruhannya, program ini telah memberi impak yang positif kepada pelajar. Kehadiran pelajar ke tapak aktiviti dan promosi adalah sangat memberangsangkan. Penglibatan aktif dari pelbagai pihak menunjukkan bahawa aktiviti STEM adalah disambut baik di peringkat sekolah, komuniti dan industri. Pihak ASPutra sangat mengambil berat tentang penglibatan komuniti dan industri di dalam mengembangkan pengetahuan STEM kepada pelajar sekolah. Justeru, program seperti ini akan dipergiat serta ditambah baik dari masa ke semasa dengan penglibatan pihak luar seperti sekolah, komuniti setempat dan pihak industri samda kecil atau besar sejajar dengan dasar Kementerian Pendidikan ke arah pemantapan pelaksanaan Pendidikan STEM di sekolah.
![]() |
|
Tarikh Input: 02/09/2024 | Kemaskini: 02/09/2024 | hasniah
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor
Hotline : 011-39659550